Kata-Kata Semangat Daripada Tok Ti Khas Untuk Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya yang bakal menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki malam esok dibekalkan dengan kata-kata semangat daripada penghibur ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Di laman sosial Instagram peribadinya, penyanyi lagu Anta Permana itu menitipkan doa buat pasukan bola sepak negara memperoleh kejayaan.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda, kejayaan kita, kejayaan Malaysia. Terus memberikan prestasi permainan yang terbaik di tempat kita dan di padang lawan, Vietnam,” kata ibu kepada bayi comel Siti Aafiyah Khalid itu lagi.

“ctdkKepada pasukan Harimau Malaya yang bakal berentap di final AFF Suzuki Cup 2018 esok, saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda, kejayaan kita, kejayaan Malaysia. Terus memberikan prestasi permainan yang terbaik di tempat kita dan di padang lawan, Vietnam. @ultrasmalaya.my @affsuzukicup @malayantiger.my #harimaumalaya”

Kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu juga, Siti Nurhaliza turut menyanyikan sedutan lagu semangat Ultras Malaya yang sering bergema di stadium setiap kali Harimau Malaya beraksi.

 

TONTON VIDEO DARI TOK TI UNTUK HARIMAU MALAYA:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: gempak.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*