Kapten Marvel Safiq Rahim Minta Netizen Henti Spekulasi Pengundurannya dari JDT

Selepas pemain bola sepak terkemuka, Safiq Rahim memutuskan meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), sudah tentu ramai penyokongnya yang terkejut.

Safiq antara bekas kapten terbaik dan pemain untuk beberapa kelab bola sepak tempatan mengaku keputusannya berundur tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“ Saya ingin tegaskan di sini, tiada apa-apa atau sesiapa yang mempengaruhi pemergian saya dari JDT. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

“ Ia adalah keputusan bersama demi kepentingan kelab dan saya sendiri. Jangan ada pihak yang sesuka hati membuat spekulasi sendiri hingga memburukkan keadaan antara dua pihak,” tulisnya di laman Instagram, sebentar tadi.

 

Kata pemain bola sepak berusia 31 tahun ini, tidak mustahil untuk dirinya kembali bermain di JDT pada masa akan datang.

“ Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada kelab terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang mempercayai saya selama ini banyak membantu saya dan keluarga saya.

“ Enam tahun mungkin tak cukup untuk saya balas budi baik tunku dan pasukan JDT. Ia adalah satu penghargaan terbesar dapat bersama dalam Keluarga JDT dan mengecapi kejuaraan bersama. Terima kasih semua termasuk penyokong Merah Biru,” akhirinya.

Dalam masa sama, terdapat juga laporan mengatakan Safiq berkemungkinan bermain untuk kelab luar negara.

 

Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Sebelum itu beberapa hari lepas, Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim SAH meninggalkan kelab Harimau Selatan itu.

Berita ini disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Dalam hantaran tulisnya, pemergian Safiq pasti dirasai memandangkan pemain tengah itu banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan JDT.

“ Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami.

“ Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya.

Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

“Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita tidak akan tahu sama ada Safiq akan kembali semula atau tidak suatu hari nanti. Saya pun tidak tahu.

“Pintu di Johor sentiasa terbuka untuk beliau dan walau apa pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari saya, JDT dan semua penyokong serta Keluarga JDT. Macam mana sekalipun, anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari Keluarga JDT,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak mendedahkan destinasi bekas kapten Harimau Malaya berusia 31 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor dan PKNS FC.

Namun dalam satu jawapan balas JST kepada penyokong dalam ruangan komen menyatakan bahawa Safiq berkemungkinan akan bermain di luar negara.

 

Rekod Safiq Rahim di JDT

 

REKOD SAFIQ RAHIM DI JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumunkan bahawa Safiq Rahim tidak lagi akan menyarung jersi Harimau Selatan bagi musim 2019. Kapten pasukan itu sudah 6 musim bersama pasukan dan berikut adalah pencapaian beliau ketika di JDT

Liga Super Malaysia : 5x (2014,2015,2016,2017,2018)

Piala FA Malaysia : 1x (2016)

Piala Malaysia : 1x (2017)

Piala Sumbangsih : 3x (2015, 2016,2018)

Piala AFC : 1x (2015)

11 piala dalam 6 tahun adalah satu pencapaian luar biasa. Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Kami dari keluarga JDT mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

 

Luaskan Kuasamu Johor

“Hard work beats talent when talent doesn’t work hard..” 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: xtra / pageharimauselatan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*