Kalau Pergi Peru Tak Sah Kalau Tak Pergi Tengok Salt Ponds! Pasti Terpesona

Korang mesti dah rancang nak melancong ke mana hujung tahun ni kan? Cuti sekolah dah nak dekat ni, mesti korang nak bawa keluarga ke tempat yang menarik.

Kalau korang dah plan nak pergi melancong ke Peru, kami ada satu tempat wajib yang korang kena pergi!

Korang pernah dengar tak tentang teresan kolam garam atau ‘Salt Ponds’ yang terletak di Peru?

Kalau di Bali ada teresan padi yang menyamankan, tapi di Peru ada teresan kolam garam.

Sekali korang dah tengok, sudah pasti korang akan terkesima dengan indahan teresan kolam garam berwarna merah jambu ni.

Salt Ponds ini terletak di Maras iaitu sebuah kota di Sacred Valley. Terdapat lebih daripada 5000 kolam yang setiap satunya dimiliki oleh orang kampung yang tinggal di sana.

Keluasan setiap kolam adalah 5 meter dan kedalamannya adalah 30 cm.

Pembinaan teresan kolam garam ini adalah proses untuk mendapatkan kerak garam yang berwarna merah jambu.

Garam berwarna merah jambu ini mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Selain itu juga, teresan garam ni secara tidak langsung menjadi salah satu daya tarikan pelancong disana.

Memang cantik kan? Siapa suka warna merah jambu mesti tak nak balik punya dari sini!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Ohhangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*