Kaedah menangkap ular Budak perempuan ini buat netizan kagum. Lain macam berani dia, sampai Ular pun takut

 

Tular sebuah video kanak2 perempuan yang berani menangkap ular dengan hanya umpan tikus. Alat yang digunakan hanyalah penutup kipas angin. Tapi kaeadah yang digunakan sangat mudah. Apa yang menjadi perhatian netizan ialah keberaniannya yang kelihatan tenang menangkap2 ular tersebut tanpa cedera. Berikut merupakan beberapa komen kelakar dari netizan:

Muhammad Nur Al-Amin : Kalau budak nie nampak ular, Ular tu yg telepon bomba suruh tangkap budak nie..

Fyda Hj Hassan: malu kita…hahha asal jumpa ular telepon bomba…..sapa ada nombor telepon adik nih bak sini….senang pepe2 hal..😂

Firdaus Mustafa : aku blh paham sb dia hayun ular tu..utk jadikn bdn ular tu kekal lurus sebab hayunan tu..so xde ruang utk ular tu nk bngkok kn bdn utk patuk bdk tu..dlm masa sama pgerakan tgn lbih selamat utk ke arah kpla ular..cuma aku xpaham,knpa dia kepit ngn kaki..silap terlucut,bbuih kat situ bdk tu😂

Aeyo AgroFarm : Pasir Puteh Ular yg x de bisa boleh la dia buat main mcm ni..kalau ular tedung dh lama Aruah budak ni…

VIDEO: Gila kau dik berani betul kau nie…
Kalau aku tak jejak tanah da larik

Gila kau dik berani betul kau nie…Kalau aku tak jejak tanah da larik😂😂😂

Posted by Saja Viral on Wednesday, August 2, 2017

Pemburu tedung

DIPATUK ular tedung selar liar atau lebih dikenali sebagai King Cobra sepanjang lebih satu meter bukan perkara kecil bagi kebanyakan orang.

Membayangkan kepantasan kepalanya yang kembang apabila berasa terancam itu mematuk sasaran, sudah cukup menggerunkan. Orang biasa pastinya tidak sekali-kali menghampiri reptilia itu.

Apatah lagi memikirkan fakta, satu patukan yang mengandungi kira-kira tujuh mililiter (ml) bisa atau racun, mampu membunuh seekor gajah dewasa.

Racun itu juga boleh meragut nyawa antara 20 orang hingga 30 orang dewasa dalam masa beberapa jam sahaja.

Bagi anggota Skuad Menangkap Ular Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Zahari Baba, 32, dipatuk ular itu ketika operasi di Taman Rasah Jaya, Seremban, tahun lalu, sedikit pun tidak melemahkan semangatnya yang baru tiga tahun berkhidmat.

“Saya tidak nafikan kerap terbayang situasi itu apabila ular berkenaan yang sudah ditangkap dan kelihatan pasif, bertindak agresif secara tiba-tiba ketika saya mahu memasukkannya ke dalam beg plastik khas.


ANGGOTA JPAM berjaya menangkap ular sawa yang menelan seekor arnab.

Tiga hari di ICU

“Saya terkena patukan pada lengan kanan. Mulanya terasa seperti dicucuk jarum, namun selepas itu lengan saya mula membengkak dan kesakitan ditanggung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” katanya ketika ditemui Skuad di Ibu Pejabat JPAM Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang anak itu beberapa kali muntah dan berada dalam keadaan separuh sedar ketika dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan kecemasan.

Nasib Zahari baik apabila pihak hospital mempunyai antivenom untuk ular jenis itu di dalam simpanan, membolehkan beliau dirawat segera untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecacatan.

“Saya dirawat selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJS. Alhamdulillah, rawatan yang diterima berkesan dan saya pulih sebelum kembali bertugas selepas bercuti selama dua minggu.

“Sehingga kini, saya masih ingat dengan jelas bagaimana rasanya kesakitan itu. Syukur saya tidak mengalami trauma atau takut kepada reptilia berkenaan selepas kejadian itu, malah boleh bertugas seperti biasa,” katanya.


ANGGOTA JPAM menggunakan besi panjang khas untuk menangkap ular.

Nyaris buta

Sementara itu, Lans Koperal P Sivagami, 27, pula nyaris buta akibat disembur bisa ular tedung hitam yang cuba ditangkapnya dalam operasi di sebuah stor simpanan kotak di kilang besi di Senawang, Seremban, April tahun lalu.

“Saya memang menyedari cara serangan ular ini yang akan menyembur bisa apabila berasa terancam dan sentiasa berhati-hati ketika cuba menangkapnya.

“Dalam operasi itu, ular terbabit menyembur bisanya ke arah muka saya, mujur saya sempat mengelak menyebabkannya tersasar dan terkena lengan kiri,” katanya.

Beliau yang sudah tujuh tahun berkhidmat berkata, semburan itu mengakibatkan lengannya terasa pedih dan gatal, namun bersyukur bisa itu tidak terkena mata.


ULAR tedung hitam antara spesies ular yang paling bahaya.

Faham sifat ular

Beliau berkata, pengalaman sedemikian membuatkannya semakin memahami sifat ular dan memberi keyakinan untuk berhadapan dengan situasi serupa, sekali gus boleh mengelakkan orang ramai menjadi mangsa.

Anggota wanita dalam skuad berkenaan, Siti Nur Raihan Jamal, 21, pula berkata risiko dipatuk ular tidak menggerunkan untuk membabitkan diri.

Bagi kebanyakan wanita, ular sinonim sebagai reptilia bersisik hitam yang berbahaya dan menggelikan, keadaan itu tidak baginya yang mempunyai minat untuk memahami sifat ular sejak kecil, disebabkan gemar menonton siri dokumentari.

“Sejak bangku sekolah, saya meminati kerjaya menyelamat dan disebabkan itu, saya memohon menyertai JPAM. Saya teruja diberi peluang untuk mempelajari dengan mendalam mengenai cara menangkap ular bagi menyelamatkan nyawa orang awam,” katanya.

KAWASAN yang gelap dipercayai tempat binatang berbisa ini bersarang.
Lengkap ilmu, guna peralatan khas

Kursus dan seminar yang disediakan oleh JPAM membantu memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan anggota Skuad Menangkap Ular JPAM dalam menghadapi reptilia berkenaan.

Anggota skuad berkenaan, Muhd Rizwan Omar, 22, berkata anggota JPAM perlu menjalani latihan berkenaan terlebih dahulu sebelum diserapkan ke dalam unit itu.

Katanya, alat keselamatan khas seperti sarung tangan dan kasut keselamatan yang kalis patukan, selain bantuan peralatan, termasuk penyepit ular yang dibekalkan kepada anggota memberi lebih keyakinan kepada mereka ketika menyertai operasi.


ANGGOTA JPAM menyembur air ke saliran air yang dipercayai tempat ular berlindung.
Belajar kesan ular

“Kami turut diajar cara mengesan kehadiran ular di sesuatu lokasi yang dilaporkan. Antaranya, ular tedung selar dan tedung hitam akan mengeluarkan bunyi tertentu apabila kita mengetuk dinding kawasan itu,” katanya.

Penolong Pengarah JPAM Negeri Sembilan, Abdul Baith Abd Rahim, berkata Skuad Menangkap Ular JPAM adalah unit khas dengan semua anggotanya mengikuti kursus dikendalikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pakar dari zoo bertauliah.

Katanya, skuad itu berjaya menangkap sebanyak 2,351 ular antaranya ular sawa, tedung dan kapak, hasil aduan orang awam bagi tempoh antara Januari hingga September tahun ini.


ULAR tedung yang ditangkap diletakkan dalam beg plastik tebal.
Purata 30 aduan

“Secara purata, kita menerima antara 20 hingga 30 laporan penemuan ular seminggu, terutama di kawasan Seremban dan setiap reptilia yang ditangkap diserahkan kepada PERHILITAN dalam tempoh 24 jam untuk tindakan lanjut.

“Kita menyediakan bangsal untuk menempatkan ular yang dimasukkan di dalam plastik khas bagi mengelakkan ia terlepas atau mengalami kecederaan,” katanya.

Abdul Baith berkata, keberanian anggota dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan operasi berkaitan ular menjadi kunci kejayaan pasukan, sekali gus menjamin keselamatan semua pihak.

sumber: bharian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*