Joy Revfa Dedah Ada Ustaz Selebriti Minta Gambar Sksi Beliau Dirumah

“Saya mewakili janda-janda Malaysia tak minat suami orang”- Joy Revfa dedah ada ustaz selebriti minta gambar seksi

Usahawan kosmetik, Joy Revfa mendedahkan dia pernah dihubungi oleh beberapa orang lelaki berstatus suami orang di laman sosial.

Tanpa mendedahkan nama, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin memberitahu lelaki yang dikenali sebagai ustaz selebriti itu membuat permintaan tidak masuk akal antaranya meminta gambar sksinya.

“Lelaki setia zaman sekarang ni dah semakin pupus sebab kecurangan berada di hujung jari je terutamanya golongan Ustaz Hamadi (watak Azhan Rani dalam drama Nur) ni la semakin ramai.

“Ada beberapa ustaz selebriti suami orang tak segan silu mesej nak tengok gambar Joy dekat rumah berbaju sksi.

“Mereka tak fikir kejap lagi kita viral screenshot tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Yang penting jangan melayan!,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun ini juga berkata dia tidak berminat menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.

Ujarnya, sebagai wanita dia memahami hati wanita dan enggan menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain.

“Saya mewakili janda-janda dekat Malaysia ni tak berminat langsung dengan suami orang ni. Benda boleh mengelak buat apa sibuk nak melayan ni.

“Ingat, jangan bagi ruang dan peluang sedikit pun untuk suami orang tu dekati kita. Pasang niat sebab nak bantu isteri dan anak-anak dia untuk mengelakkan kecurangan berlaku.

“Kalau ada cuba mesej menggatal tu, block je atau ugut dia akan screenshot mesej tu dan bagi famili atau isteri dia. Isteri pun kena pantau kegiatan suami. Jangan dibiarkan je!,” katanya.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun ini berkata dia bersedia membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki bujang.

Asalkan lelaki tersebut bukanlah suami atau tunangan orang lain.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Joy Revfa dah tak cari suami ‘orang popular’

Usahawan kosmetik yang juga merupakan bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun berkata dia tidak serik untuk berkahwin lagi.

Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mengakui dia didekati ramai lelaki terutamanya golongan selebriti.

Bagaimanapun, Joy meluahkan dia masih fobia untuk membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki.

“Sebagai wanita, saya kalau boleh nak kahwin cepat-cepat dan tidak serik untuk membina rumah tangga lagi.

“Namun, saya akui ada sedikit perasaan fobia kerana kegagalan perkahwinan dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : mstar via Rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*