Jenama Tempatan Lancarkan Tudung Wanita Bercorak Parti PRU-14. Kreatif..!

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) belum diumumkan lagi, namun ramai peniaga sudah mula menggunakan kreativiti untuk menjana pendapatan mereka. Antara menarik perhatian kami ialah tudung bawal Satin rekaan Chenta Watif Scarf.

Ternyata langkah berani pemilik laman sosial yang menggunakan nama Wanny Jibril ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan selepas tular di media sosial.

Tanpa memihak kepada mana-mana ahli politik, pemilik ini menawarkan pilihan pelbagai tudung yang direka dengan mewakili parti utama di negara ini antaranya ialah merah untuk UMNO, Hijau untuk PAS, Oren untuk PAN, Biru muda mewakili PKR, Merah muda untuk Pakatan Harapan dan warna Merah Jambu untuk Puteri UMNO.

“Pening nak pakai tudung apa untuk berkempen sempena pilihan raya umum ke-14 nanti?

“Jom dapatkan Bawal Satin Limited Edition Election Series by Chenta Watie Scarf. Harga hanya RM59 sahaja.”

Dengan ayat agak ringkas ini, entri ini telah dikongsi sebanyak 1500 oleh netizen di media sosial. Rata-rata memuji ia merupakan satu pemasaran paling bagus.

Oh ya kepada yang berminat anda boleh membuat tempahan awal bermula hari ini sehingga 14 April ini dan selain itu beliau juga membuka belian secara borong.

 

 

 

 

 

 

 

Perang tudung bercorak logo parti kian hangatkan bahang PRU-14

KUALA LUMPUR 28 Mac – Walaupun Parlimen belum dibubarkan namun bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kian dirasai yang antaranya dihangatkan oleh peniaga tudung apabila semakin ramai melancarkan ‘perang tudung’ bercorakkan logo parti politik.

Jika semalam tular seorang peniaga menjual tudung bercorakkan logo parti politik dengan harga RM59 bagi sehelai tudung, hari ini beberapa peniaga lain turut berkongsi idea dan menjual tudung yang sama namun berlainan rekaan.

Tinjauan di laman sosial mendapati kira-kira tiga buah syarikat sudah mengeluarkan tudung berlogokan parti politik dan idea kreatif mereka itu mendapat reaksi positif daripada pengguna laman sosial.

Ada yang berminat untuk membelinya dan ada juga yang bertanyakan adakah mereka dibenarkan memakai tudung tersebut ketika membuang undi nanti.

Malah, ada juga syarikat yang mengeluarkan tudung dengan rekaan yang memaparkan logo hampir kesemua parti politik utama negara termasuk MCA dan MIC.

Yang pasti, penjualan tudung itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai pengguna meninggalkan komen untuk mengetahui harga tudung tersebut.

Selain tudung bercorak logo UMNO, turut dijual tudung menggunakan logo Puteri UMNO, Barisan Nasional (BN), Pas, PKR serta PAN.

Sumber: UtusanThe Vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*