Jambatan semula jadi dunia ini terbina daripada akar pokok mengambil masa hampir 30 tahun untuk terbentuk

Kenyataan bahawa sebuah jambatan di Barat Sumatera, Indonesia terbina sepenuhnya daripada akar pokok memang mengagumkan dan merupakan khazanah dunia yang paling unik!

Kredit: YouTube

Penduduk tempatan menggelar jambatan tersebut sebagai “Jembatan Akar”. Jambatan sepanjang 30 meter yang terletak di Sungai Batang Bayang ini menghubungkan dua perkampungan kecil orang Indonesia. Kelihatan seperti akar itu terjalin secara semula jadi antara satu sama lain tetapi sebenarnya ditanam oleh seorang guru tempatan.

Pada tahun 1890, seorang guru bernama Pakih Sohan menyedari bahawa anak-anak muridnya akan lebih cepat sampai ke sekolah sekiranya mereka dapat menyeberangi sungai tersebut. Lantaran daripada itu, Cikgu Pakih meletakkan buluh sebagai jambatan.

Kredit: JelajahSumbar

 

Kemudian, Cikgu Pakih menanam pokok beringin seperti yang dilihat pada hari ini.  Apabila pokok beringin di kedua-dua sisi sungai itu mulai membesar, akar-akarnya mula terjuntai di dalam air lalu Cikgu Pakih melilitkan akar-akar pokok beringin tersebut sehingga membentuk jambatan.

Proses pembentukan jambatan akar tersebut mengambil masa selama 26 tahun sebelum benar-benar cukup kuat untuk digunakan oleh orang ramai. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akar pokok tersebut tumbuh semakin kuat dan panjang.

Kredit: Mongabay Travel

 

Kini, kabel logam dan papan diletakkan sebagai penyokong tambahan jambatan akar tersebut. Jambatan tersebut terus digunakan oleh penduduk tempatan sebagai jalan penghubung. Selain itu, pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan jambatan akar tersebut yang semakin terkenal itu.

Kredit: Mongabay Travel

 

Walaupun Cikgu Pakih sudah tiada untuk menyaksikan sendiri bagaimana jambatan akar tersebut membesar, namun niat murninya yang mahu anak-anak muridnya dahulu merentasi sungai dengan selamat telah membuahkan hasil dan mendatangkan manfaat kepada ramai orang.

 

Rakaman video yang menunjukkan suasana jambatan tersebut:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber Adi Masliardi | YouTube via Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*