‘Jadi otomen akak dik, siyot je dah lama giler akak tak buka silat dik..’

Siapa yang tidak mengenali, drama hit Nur yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Drama ini bakal kembali di kaca televisyen menemui penonton.

Namun di sebalik adegan sedih dan serius yang ditonjolkan oleh para pelakon, hakikatnya di belakang tabir mereka sering bergurau sesama sendiri sehingga membuatkan set pengambaran kecoh dengan gelak tawa mereka.

Tak stres pon berlakon drama Nur…

Semalam pelakon drama Nur, Noorkhiriah ada memuat naik video gurauannya bersama para pelakon yang lain di IG. Gelagat Noorkhiriah dan Azhan Rani yang melatah ketika diusik pelakon lain telah mengundang tawa dalam kalangan peminat.

Menurut Noorkhiriah, tiada istilah tekanan ketika berada di set pengambaran Nur kerana drama kedua ini lebih menampilkan keharmonian.

Jadi otomen akak dik, siyot je dah lama giler akak tak buka silat dik,nasib baik capik @syafiqkylez takde sakit jantung kalau tidak…padan muka abg @azhan_rani buat org lagi last2 dia mendapat,ginilah moment kitaorang shoot Nur2 tiada istilah stres maka yang tengok Nur2 nanti jangan stres baling2 bantal, remote lagi taw. Nur2 ni happy je kisah dia..semua dah baik. Betul, tak caye ce tanya abam @budakijat kan bagi kan..sekian melaporkan untuk hari ini tunggu esok lak. Insya-Allah, alhamdulillah.

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Lawak betul la Azhan Rani beregu melatah dengan Norkhiriah…

Peminat juga tidak kering gusi melihat aksi latah antara Azhan Rani dan Noorkhiriah yang suka menyakat sesama sendiri sehingga ada peminat yang menonton beberapa kali video mereka.

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Tak sabar nak tengok Nur 2…

Para peminat Nur juga begitu teruja untuk menantikan siri kedua drama itu. Mereka berharap siri kedua ini lebih memberi banyak pengajaran kepada penonton.

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Ini 10 Pengajaran Yang Boleh Dipelajari Dari Drama Nur (Slot Samarinda)

Dilakonkan oleh Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam dan Amyra Rosli sebagai Nur, drama ini mendapat sambutan yang sangat hangat dengan tontonan lebih daripada 9 juta di seluruh Malaysia.

Ia merupakan drama yang sarat dengan mesej yang menyentuh realiti kehidupan masyarakat Malaysia dari pelbagai segi, membuatkan penonton begitu dekat dan terkesan dengan setiap adegan yang dilakonkan.

Turut membantu adalah Datuk Jalaludin Hassan, Azhar Rani, Noorkhiriah , Riena Diana , Kuna Mazani, Zaidi Omar, Raja Atiq, Elmy Moin dan ramai lagi. Dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca 10 perkara yang boleh kita pelajari melalui drama Nur.

1. Hidayah milik allah

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Menurut pandangan penulis, ini adalah antara perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarah kepada penonton. Hidayah adalah cahaya petunjuk Allah ke arah jalan benar dan diredhai.

Jelas dipaparkan dalam drama ini bahawa Nur yang merupakan seorang pelacvr yang dipandang keji dan hina oleh masyarakat, digerakkan hatinya untuk mencari Allah yang dimulakan dengan bertanyakan soalan setiap pagi pada waktu subuh di masjid.

Jadi maka benarlah Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tanpa mengira siapa dan masa lampau hamba-Nya.

Seperti yang dihadapi oleh Nur, walaupun dia menerima hidayah, namun ia tidak semudah ABC. Allah hanya menggerakkan hatinya, tetapi dia tetap harus berusaha mencari dan mengenal Allah, kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan diubah sendiri.

Dan apabila menerima cabaran dalam mencari Allah, dia seolah-olah berputus asa, dan perkara ini dijawab oleh Adam dengan mengatakan bahawa Allah sangat sukakan hambanya yang merintih kepada-Nya.

Di episod yang terakhir, ibu Nur, Mona, telah meninggal dunia. Namun sebelum menghembuskan nafas, Mona yang sebelum itu tidak percaya akan kewujudan Allah disebabkan oleh dugaan hidup yang dihadapinya, telah mengaku bahawa dia percaya yang Allah itu wujud dan menyebut kalimah “Allahuakhbar” (Allah Maha Besar).

Siapa sangka, seorang wanita yang sepanjang hidupnya bekerja sebagai pelacur, diberikan peluang menghembuskan nafas dengan mengucapkan nama Allah, yang mana mungkin lebih baik daripada kita yang berasa diri beriman.

Hidayah bukan sahaja boleh diberikan, tetapi juga boleh ditarik balik. Jadi, janganlah kita berasa lebih baik daripada orang lain apabila melihat mereka yang berbuat maksiat, sebaliknya menasihati untuk kebaikan bersama.

2. Jangan gunakan agama utk kepentingan peribadi

Pastinya semua penonton yang berasa sangat geram dengan watak antagonis dalam drama ini, tak lain tak bukan Ustaz Syed Hamadi. Watak yang dibawa oleh pelakon Azhar Rani menggambarkan seorang penunggang agama ini sangat berkesan sehingga membuatkan ramai memaki hamun.

Namun, ada juga yang mengkritik pengarah yang seolah-olah menjatuhkan imej seorang ustaz dengan menggambarkan seorang ustaz berperwatakan munafik. Ustaz Hamadi berpura-pura menjadi seorang ustaz dan dilantik menjadi pengetua sekolah tahfiz Darul Mukhsin.

Di sinilah dia menunjukkan watak sebenarnya dengan menyeleweng wang yang diamanahkan mengendalikan Darul Mukhsin untuk kegunaan peribadi termasuklah membayar yang pendahuluan membeli kereta baru.

Dia langsung tidak menghiraukan kebajikan pelajar-pelajar dan hanya mementingkan diri sendiri, menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah terbabit kelaparan.

Walaupun pahit untuk ditelan, perkara ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita di mana terdapat segelintir yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Tidak perlu dihuraikan perkara ini dengan lebih panjang kerana ia agak sensitif, namun diharapkan ia diperang habis-habisan bagi tidak mencemarkan nama Islam ke tahap yang lebih membimbangkan.

3. Jangan cepat menghakimi dari luaran

Juga merupakan antara mesej utama dalam drama Nur adalah supaya kita tidak menghakimi manusia berdasarkan luaran semata-mata. Perkara ini juga ditonjolkan oleh beberapa watak.

Antaranya adalah watak Hamidi yang merupakan seorang “ustaz” merangkap pengetua sekolah tahfiz, berpakaian lengkap dengan berserban pada siang hari, namun merupakan kaki perempuan yang melanggan pelacur di malam hari.

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Luaran membawa identiti agama tetapi di dalam sangat menyimpang jauh.

Dan walaupun Nur berasal dari keluarga kurang dari segi agama, bekerja sebagai pelacur pada awanya apatah lagi untuk menutup aurat, namun dia mempunyai hati yang baik, hormat kepada ibunya, mencari rezeki yang halal dengan membasuh pinggan dan sentiasa ingin berubah.

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Berbanding Aisyah yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan ciri-ciri keagamaan dan bertudung labuh, namun mempunyai perasaan dengki, iri hati, memfitnah, melawan cakap ibu bapa, terlalu mengejarkan dunia dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai apa yang diinginkan.

Dalam masyarakat kita pada hari ini, kita terlalu suka dan cepat untuk menghukum sesuatu perkara tanpa selidik dan mengetahui masalah disebalik sesuatu perkara. Kita lebih suka menuduh, daripada menghulurkan bantuan.

Kita sering membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat, dan bukan dengan mengetahui perkara sebenar, kerana itu adalah lebih mudah. Siapa tahu, orang yang kita hakimi dan tuduh itu sebenarnya memerlukan bantuan kita, yang mana boleh menjadikan keadaan lebih baik.

Nur tidak minta untuk dilahirkan dalam keluarga sebegitu, namun nasibnya membuatkan dia terjerumus ke lembah maksiat. Dan hanya disebabkan itu, kita yang bernasib baik terus menghukum.

Kita tidak mempunyai hak untuk menghakimi sesama manusia kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup seseorang. Dan seperti yang dijelaskan oleh Nur ketika hari pertama memakai tudung, dia sebenarnya sudah lama ingin memakai tudung namun tidak kesampaian kerana pekerjaannya.

4. Jodoh adalah rahsia Allah

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Ramai di antara kita yang sedia tahu bahawa jodoh, rezeki dan ajal sudah ditentukan sejak sebelum kita dilahirkan lagi. Namun apabila sesuatu perkara tidak berjalan lancar mengikut apa yang kita mahu, kita mula menyalahkan takdir.

Adam merupakan seorang ustaz, ditakdirkan untuk memperisterikan seseorang yang tak pernah disangka-sangka, iaitu seorang pelacur. Jika menurut adat, ia adalah seperti langit dan bumi.

Bagaimana seorang ustaz yang dipandang tinggi oleh masyarakat, ditakdirkan untuk berkahwin dengan pelacvr yang jijik di mata masyarakat.

Walaupun begitu, ia tidak mustahil berlaku dalam dunia sebenar kerana jodoh itu misteri Allah. Dalam drama ini, Allah menghantar Adam untuk membimbing Nur ke jalan yang benar.

Jodoh tak semestinya kekal dan bahagia. Kadang-kadang Allah menghantar seseorang itu untuk menguji keimanan kita. Juga kadang-kadang untuk menjadikan diri kita lebih baik, malah ada yang mendapat jodoh yang bermasalah, semata-mata untuk memperbaiki pasangannya.

Lakukan yang terbaik dan selebihnya serahkan kepadaNya.

5. Redha itu menenangkan

Bukan mudah untuk meredhakan sesuatu yang berlaku dalam hidup yang bertentangan dengan pegangan kita. Berapa ramai di antara kita yang boleh menarik nafas panjang dan meredhakan sesuatu yang berlaku seperti mana dihadapi Musalmah?

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Tak perlu diperjelaskan mengenai watak Musalmah, kita tahu bahawa dia adalah seorang yang memahami tentang agama. Namun di saat Adam mengahwini Nur, ketika itulah imannya diuji dengan begitu kuat.

Dan walaupun dia cuba sedaya upaya untuk redha iaitu menerima Nur, namun dia tidak mampu yang membuatkan hidupnya sentiasa dibelenggu kegelisahan. Jika kita belajar untuk redha dan melepaskan sesuatu, kita akan melihat dunia dengan persepsi yang lebih indah dan manis serta tidak bersangka buruk terhadap Allah.

Watak Qhadeeja harus dipuji kerana akhirnya dia redha dengan ketentuan bahawa Adam bukanlah jodohnya, membuatkan hidupnya lebih tenang. Dan yang pastinya, segala ujian yang dikenakan ke atas hamba-Nya tidak akan melebihi apa yang termampu.

6. Jangan berhutang kerana nafsu

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Untuk memenuhi nafsu, Ustaz Hamadi menggunakan wang Darul Mukhsin untuk membayar pendahuluan kereta barunya. Dan apabila tidak mampu membayar kembali, wang tersebut, Ustaz Hamadi terpaksa berhutang pula dengan ceti haram.

Wang ceti haram tersebut pula dibayar menggunakan wang yang dipinjam daripada pinjaman “patuh syariah”. Akhirnya, hutang menjadi RM100,000 dan tak termampu untuk dibayar.

Di sini, kita harus mengambil iktibar supaya tidak berhutang untuk memenuhi nafsu dan keinginan kita.

Hakikatnya, perkara ini berlaku secera berleluasa dalam masyarakat kita di mana pinjaman peribadi dilakukan untuk melunaskan nafsu dengan membeli kereta, melangsungkan perkahwinan besar-besaran dan sebagainya.

Berhutang adalah harus hanya jika kita memerlukan, wajib jika tidak berhutang boleh memudaratkan diri, dan haram jika untuk perkara maksiat. Malah, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah berhutang untuk membeli makanan dari seorang peniaga Yahudi.

Baginda turut mencagarkan baju besinya. Ini terdapat di dalam hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari.

7. Kuasa suami tidak menghalalkan perkara haram

Syurga isteri di bawah telapak kaki suami, yakni isteri yang diredhai suami mudah untuk masuk ke syurga. Dan sebagai isteri, sangat mudah untuk masuk ke syurga dengan hanya melakukan 4 perkara ini, iaitu Solat Fardhu 5 Waktu, Berpuasa Di Bulan Ramadhan, Menjaga Kehormatan Diri dan taat kepada perintah suami.

Antara yang paling sukar untuk dilakukan adalah taat kepada perintah suami. Namun, tak semestinya segala arahan dan perintah suami harus dituruti, lebih-lebih lagi perkara yang melanggar syarak.

Ini merujuk kepada tindakan Aisyah yang menuruti segala arahan Ustaz Hamadi termasuklah bersubahat dalam merancang untuk menceraikan Adam dan Nur, memfitnah Ustaz Yassin dan banyak lagi.

Dan bagi pihak suami (Ustaz Hamadi) pula, adalah sangat tidak patut untuk menggunakan istilah “isteri derhaka” setiap kali isteri tidak menurut perintahnya. Isteri bukanlah robot yang boleh diperintah, sebaliknya memerlukan kasih sayang seorang suami.

8. Amalkan apa yang dipelajari daripada al-Quran

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Membaca dan menghafal Al-Quran bukanlah semata-mata untuk digunakan ketika solat dan urusan-urusan agama yang lain. Ia sebenarnya harus dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian kita, menepati tujuan utama ayat-ayat Al-Quran diturunkan ke bumi yakni untuk membimbing kehidupan manusia ke jalan yang benar.

Tidak ada gunanya jika kita menghafal Al-Quran sekalipun namun ianya tidak digunakan dalam menjalani kehidupan yang patuh kepada perintah Allah. Sebagai contoh, Mirul yang merupakan seorang pelajar tahfiz, sering termakan hasutan Aisyah tentang Aisyah.

Mirul mempunyai prasangka buruk kerana terpengaruh dengan tuduhan Aisyah bahawa Nur telah melakukan perbuatan sihir kepada keluarga Adam, sehinggakan mencurigai makanan yang dimasak Nur.

Ini bertentangan dengan firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

9. Masuk syurga bukan disebabkan amalan baik

Oh mak kau, Jadi Otomen akak dik. Picah Perut Bila Tengok Kak Ecah dan Ustz Hamidi Melatah

Sesungguhnya segala amalan baik yang kita lakukan di dunia ini tidak menjamin untuk kita ke syurga, tetapi kita masuk ke syurga disebabkan oleh rahmat Allah S.W.T.

Ini merujuk kepada perbualan di mana Adam bertanyakan kepada Tok Siak masjid adakah orang-orang alim sahaja yang akan masuk ke syurga. Pertanyaan tersebut dijawab oleh Tok Siak dengan jawapan “Ya, orang-orang macam kita”.

Adam kemudiannya menjawab, “Yang masuk syurga nanti adalah orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang beriman tak semestinya orang alim macam kita,”.

Sebanyak mana sekalipun amalan kita, jika ia tidak mendapat rahmat daripada Allah, kita tidak layak untuk ke syurga.

10. Terus melakukan kebaikan walaupun dikeji manusia

Kita hidup dalam zaman di mana apabila kita melakukan sesuatu yang baik dan betul, ia lebih mengundang kejian dan cacian. Perkara ini sangat memberikan impak yang buruk di mana ia menjadikan melakukan perkara yang betul, sebagai sesuatu yang salah, dan sebaliknya.

Dan dalam situasi ini, kita harus istiqamah dalam melakukan perkara yang baik, yang mana digambarkan oleh watak Nur. Nur yang cuba berubah terpaksa solat di celah-celah lorong, bagi mengelakkan perbuatannya diketahui ibunya.

Dia melakukan sedemikian kerana pernah dipukul ibunya apabila Mona menemui keratan-keratan majalah yang berunsurkan kegamaan.

Walau siapa pun yang menentang dan menghalang, jangan pernah berhenti berbuat kebaikan walaupun sekecil zarah, kerana kita tidak tahu mungkin kebaikan sekecil zarah itu yang akan memberatkan timbangan kita untuk masuk ke syurga.

Wallahualam..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber 1 : IG Norkhiriah via OMM
Sumber 2 : Iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*