Jadi ‘Bunga’ Di Dapur, Chef Anis Nabilah Dipuji Ntizen Cantik & Menawan

Boleh dikatakan Chef selebriti, Anis Nabilah sering menjadi tarikan ntizen yang sering menghiasi program masakan. Anis sentiasa menghiburkan penonton dek penampilanya yang cantik dan memukau ketika di dapur.

Anis juga sering menghiasi kaca TV dalam mana-mana program masakan. Dia juga tidak kekok untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.

Pada masa sama, Anis juga amat menitikberatkan soal kecantikan dalaman dan banyak menghabiskan masa di gim.

Wah! Chef Anis ni memang cukup pakej,kan? Dah lah cantik,pandai masak pulak tu. Bertuah sungguh! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : MH

Jom baca artikel selanjutnya berkaitan beliau ‘Chef Anis Nabilah ‘Anak Emas’ Dalam Keluarga’. Bertandang ke kediaman chef selebriti dan pengacara berbadan genit, Anis Nabilah Umaruddin, 32 bagaikan berada di rumah sendiri. Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke dalam rumah, Anis dan keluarganya menyambut kami dengan penuh ramah sekali.

Hidangan penuh di atas meja buat santapan tetamu. Malah ibunya juga sentiasa manis dengan senyuman tatkala melayan kami. Anak keempat daripada lapan beradik ini sememangnya cukup berpengalaman dalam industri kulinari dan merupakan chef selebriti yang tidak pernah patah semangat dalam memacu kerjayanya sejak 11 tahun lalu.

Malah, berkat kesungguhan dan minat mendalam, kini kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa ini mampu tersenyum dengan pencapaiannya. Bukan itu saja, berbekalkan kepakaran dalam bidang penyediaan makanan, dia kini mampu berdiri setanding chef selebriti popular dunia yang lain.

Mengacara lebih 35 program masakan, Anis juga menjadi satu-satunya chef selebriti Malaysia dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (saluran TLC Asia), Eating Wild dan Icip-Icip untuk saluran AFC (Asian Food Channel). Terbaru Anis telah menjayakan program TV, Cerita Rasa Anis Nabilah untuk TV2 dan 12 Bakar Musim Ketiga untuk TV3.

“Saya bermula sebagai tukang masak dan kemudian barulah menjadi pengacara. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. Pada peringkat awal, saya terpaksa bersusah payah untuk diterima. Orang tidak percaya kemampuan saya kerana hanya lulusan diploma. Saya bersyukur usaha selepas terbabit dalam beberapa program masakan di peringkat Asia dan Barat telah berjaya membuka mata banyak pihak.

“Saya juga sememangnya gemar memasak kerana ia mudah dan menyeronokkan. Paling penting, kita tahu apa yang masuk ke dalam badan kita terutama masakan menyihatkan. Setiap kali mengemudi rancangan masakan, perkara pertama terlintas di fikiran ialah mengajar penonton makan secara sihat. Mak pernah cakap, apa saja pekerjaan dilakukan, kena buat perbezaan.

Saya pilih jadi chef selebriti sebab mahu ajar orang menghasilkan masakan sihat, sedap dan cantik. Itulah cara saya buat perbezaan. Malah sepanjang 11 tahun dalam bidang ini juga saya berpeluang mengembara banyak tempat seperti Eropah, Afrika Selatan, Australia dan kebanyakan negara Asia.

Selain dapat melihat negara orang, paling penting dapat bertukar pendapat serta ilmu mengenai masakan dan cara pemakanan sihat,” terang Anis yang sememangnya gemar menambah ilmu masakan dan mengajar orang cara memasak. Selain memasak dan mengacara ditanya adakah Anis tidak mahu terlibat dalam lakonan atau nyanyian. Ungkapnya;

“Biarlah saya fokus pada masakan dan mengacara saja. Memang ramai yang bertanya tak nak ke berlakon atau menyanyi. Pada saya kalau nak berjaya kena ada fokus. Saya tak nak buat semua kerja dalam satu masa dan saya lebih suka masa yang ada saya fokus pada dua karier utama saya sebagai chef dan pengacara.” Sumber mingguan wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *