Isteri Mengidam Nasi Lemak AirAsia, Suami Gigih Twit AirAsia Tanya Mana Nak Cari. Lihat Jawapan Balas AirAsia Bikin Gamat

Wanita hamil ada macam-macam ragamnya. Antara ragam paling suami-suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam-macam. Nak makan itu, ini… kesian pulak kan!

Baru-baru ni, viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari nasi lemak yang dihidangkan atas flight AirAsia untuk isterinya yang sedang hamil. Persoalannya macam mana dia nak dapatkan nasi lemak tu sebab ia hanya dijual kat atas pesawat je? Uish payah gak tu.

Image result for nasi lemak air asia
Sumber: FMM

 

“B… nasi lemak AirAsia ada jual kat luar ke?” 

Bakal bapa anak yang ketiga ni sempat juga share perbualannya di WhatsApp dengan isteri yang mengidam nasi lemak AirAsia aka Nasi Lemak Pak Nasser tu. Korang yang pernah order ni mesti tahu kan Nasi Lemak Pak Nasser memang power habiss! Bayangkan lah ibu mengandung pun boleh mengidam nasi lemak ni.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

 

“Isteri encik nak fly dengan AirAsia sebenarnya…”

Tweet yang di post oleh Azham tu tak sangka pulak viral sampai dapat perhatian Twitter AirAsia. Tapi reply dari AirAsia ni mungkin merungkai apa yang sebenarnya isteri Azham ni nak. Nak babymoon agaknya tu bang… 

 

Sumber: Twitter

 

Lagi romantik bila Azham balas dengan bertanya flight mana yang tengah murah sekarang sebab dia sanggup nak bawa isterinya naik AirAsia demi puaskan craving nasi lemak tu. Amboi sweetnya suami macam ni! 

Sumber: Twitter

 

Problem solved! Ramai netizen yang sudi nak membantu

Tapi syukurlah Azham dan isterinya yang sudah 7 bulan hamil tu tak perlu sampai naik flight demi dapatkan sebungkus nasi lemak. Ramai di kalangan netizen yang PM bakal bapa ni dan tawarkan kalau dia orang boleh belikan nasi lemak tu masa naik flight AirAsia nanti. Untunglah! 

Sumber: Twitter

Macam manapun dengarnya melalui update terbaru pagi ni, si suami macam nak booked je flight AirAsia semata-mata nak penuhi rasa mengidam si isteri. Ewahhh macam lagu Ragaman Faizal Tahir pulak ye bang! 

Sumber: Twitter

Apa-apapun semoga berbahagia selalu ye! Admin doakan craving si isteri tu pun dapat dipenuhi. Sweet angat dapat suami macam ni. Hiks! 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*