Isteri hamil mengidam nak masuk dan cium bilik may4t

MENGIDAM ketika hamil merupakan sesuatu yang normal buat wanita mengandung.

Mengidam juga sesuatu yang subjektif kerana setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza-beza, namun rata-ratanya lebih kepada makanan.

Lain pula dengan keinginan seorang bakal ibu muda yang meluahkan rasa mengidam untuk melihat bilik may4t.

Menurut Ain Nabilah Aun, 20, keinginan itu timbul selepas membaca sebuah artikel mengenai bilik may4t, tiga hari lalu.

Posting Ain yang mendapat perhatian warga Twitter.

“Saya sebenarnya seorang yang penakut, tapi sejak mengandung dah empat bulan ni timbul pula perasaan berani. Saya ada beritahu suami, Mohd Firdaus Mohd Fazli mengenai keinginan ni. Dia hanya cakap kalau nak masuk, masuk sorang.

“Saya pasti dia tak akan ikut saya, ataupun mungkin tunggu di luar sahaja. Dia pun penakut macam saya.

“Selepas tidak mendapat sokongan suami, saya ada beritahu mak mentua dan dia mengikut sahaja kehendak saya sebab mak tak mahu cucunya nanti ada rasa kempunan apabila lahir kelak,” kongsinya kepada mStar.

Menurut Ain sebelum ini dia hanya mengidam makanan sahaja dan tidak pernah meminta benda-benda pelik daripada suaminya yang berusia 21 tahun itu.

“Sepatutnya hari ini saya pergi melawat rumah may4t di hospital di Kluang dengan mak mentua. Saya teringin nak hidu bau bilik may4t tu dan tengok keadaan sekelilingnya. Memang hati saya terlalu teringin sangat.

“Tetapi niat itu terpaksa ditangguhkan apabila saya membaca komen-komen netizen di Twitter, timbul pula perasaan risau.

“Mungkin saya akan tanya terlebih dahulu ahli agama mengenai keinginan ini, bimbang juga kalau ada perkara tidak baik berlaku kepada bayi selepas lahir nanti.

“Saya ada terbaca komen pengalaman orang lain tentang bayi terkena sawan may4t, terkenan atau bayi jadi terkejut. Jadi saya ketepikan dulu niat ini,” ujarnya berkongsi keinganannya itu di Twitter.

Antara komen netizen yang membuat Ain menangguhkan niatnya untuk melawat rumah may4t.

Selepas memuat naik posting tersebut, Ain menerima lebih 1,000 ulang kicau dengan pelbagai komen nasihat daripada pengguna media sosial.

“Ramai yang memberi pandangan positif dan nasihat, malah ada juga yang agak ‘bitter’.

“Jadi saya mengambil nasihat-nasihat positif itu demi bayi ini. Harap-harap hari esok dan seterusnya perasaan ini akan hilang,” tambah Ain.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *