Ini 10 Janji Jika Uncle Kentang Menang di Semenyih. Perokok Pastinya Paling Seronok Dengar Berita Ini

Calon bebas, Kuan Chee Heng (gambar) berjanji untuk memastikan bahawa perokok diberi tempat yang selamat untuk merokok di premis makanan selepas mendakwa jualan di restoran merosot.

Kuan yang bukan seorang perokok berkata, kedai kopi ‘half dead’ (hampir mati) susulan larangan merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa perokok juga mempunyai hak.

” Kedai kopi sudah separuh mati. Tiada perniagaan. Orang Cina suka pergi ke kedai kopi pada sebelah petang dan bersembang.

Bekas anggota polis berusia 56 tahun yang sebelum ini sering dilaporkan kerana melakukan kebajikan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan ‘trak perang’ sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada Jumaat.

Dikenali sebagai Uncle Kentang, Kuan bagaimanapun berkata beliau menyokong langkah kerajaan untuk mengharamkan merokok di restoran.

Namun, beliau berkata langkah sedemikian mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

” Sebelum rokok mati, perniagaan akan mati dahulu. Jadi, siapa yang akan menderita?

” Kami menyokong larangan merokok, tetapi tolong berikan sedikit peluang,” katanya.

Uncle Kentang sudah menang di hati penduduk Semenyih

Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kuan Chee Heng mendakwa sudah menang di hati penduduk setempat selepas satu minggu tempoh kempen bermula.

Chee Heng yang dikenali dengan nama Uncle Kentang menjelaskan, paling penting baginya bukan berpolitik tetapi kebajikan rakyat terbela.

“Saya rasa kempen kita sudah menang, sebab kita sudah mendapat bamyak respons daripada orang-orang susah.

“Jadi sebenarnya saya datang sini bukan untuk berpolitik, tetapi lebih kepada mencari orang-orang susah, dan kita akan balik kempen selepas 2 Mac, pada 3 Mac kita akan patah balik, kita akan pastikan orang-orang susah ini kita bantu,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan ‘war truck’ dan manifesto kempen di bilik gerakannya di sini, pada Jumaat.

Kata Chee Heng, kelewatan pelancaran kempennya itu adakah kerana faktor kewangan namun bukan menjadi penghalangnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

10 perkhidmatan yang bakal diberi Uncle Kentang

10 perkhidmatan yang bakal diberi Chee Heng adalah ambulans, teksi 10 sen, van jenazah, tempat mengambil makanan percuma untuk mereka yang putus makanan dan membasmi pelajar sekolah lapar.

Selain itu, Chee Heng juga akan mewujudkan pasukan kilat yang boleh dihubungi untuk memberi bantuan 24 jam, memberi permit perniagaan kepada semua gerai tepi jalan, memberi ruang kepada perokok di kedai makan, menubuhkan pasar 10 sen dan menubuhkan ahli jawatankuasa perpaduan serta keselamatan.

Chee Heng akan menentang tiga calon lain iaitu Muhammad Aiman Zainali mewakili Pakatan Harapan, sementara Barisan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia masing-masing mencalonkan Zakaria Hanafi dan Nik Aziz Afiq Abdul pada PRK Semenyih, 2 Mac ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *