“Ibu kerja cleaner, ayah pula penoreh getah..”- Kisah Sedih Gadis Penghidap Kans3r Limfoma Tahap 4 Ni Buat Netizen Sebak

Sehebat mana pun kita, sekuat mana pun tubuh badan kita pasti akan diuji oleh yang Maha Esa pada satu saat dan ketika. Namun persoalannya bagaimanakah kita berhadapan dengan ujian tersebut? Mampukah kita sebagai hamba-Nya melalui situasi ini dengan penuh tawadhuk dan sabar?

Sebagai ibu bapa pula bagaimana agaknya bila Allah uji kita dengan anak yang menghidap Kans3r Limfoma tahap empat. Pada masa sama kita ditimpa kesusahan dalam pekerjaan, malah tersepit dengan dilema untuk bekerja yang gaji tak seberapa ataupun meluangkan masa menjaga anak yang menghidap kans3r.

 

Palet darah kembali 0, Farahannis perlukan darah jenis B+ dan O

Itulah situasi yang dihadapi ibu dan bapa kepada gadis berusia 21 tahun ini, Nur Farahannis Hasdeeyang berhempas pulas bekerja memastikan rawatan terbaik kepada anak gadisnya itu yang merupakan pesakit Kans3r Limfoma tahap 4.

Dilaporkan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini sedang tenat dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Malah ketika ini dikhabarkan Farahannis memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0.

Sumber : Facebook

Mungkin ini merupakan dugaan terbesar buat ibu dan bapa Farahannis yang perlu ditempuh dalam meneruskan kehidupan. Ibunya yang bekerja sebagaicleaner manakala bapanya seorang penoreh getah seringkali berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital di Alor Setar yang jaraknya kira-kira 70 kilometer sehala..Allahu hebatnya dugaan buat mereka.

Meskipun mereka menaiki kereta untuk ke hospital namun kenderaan tersebut sentiasa mengalami masalah selain sejak kebelakangan ini kesihatan ayah Farahannis juga terjejas sekaligus pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si ibu.

**Hebat sungguh dugaan buat keluarga nie, walaupun dilanda musibah mereka tetap sabar dan tawakal mencari jalan penyelesaian.

 

Projek Bantu Farahannis, hulurkan sekadar termampu 

Difahamkan Nur Farahannis dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan. Bagaimanapun begitu ibu ayahnya masih perlu menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.

Atas rasa simpati dan perikemanusiaan wanita ini Noorhafizah Ramli di facebooktelah memuatnaik posting bertujuan meringankan beban keluarga Farahannis. Selain memaklumkan keadaan Nurfarahannis yang sedikit sebanyak menyukarkan lagi ibu dan ayah gadis tersebut untuk menjalani kehidupan..Mulia betul wanita ni 🙂

Sumber : Facebook

 

Apa orang kata, hulurkan tangan ringankan beban. So kalau korang berniat nak membantu boleh je bank in wang korang di akaun Bank Simpanan Nasional ini : 02115-4100011046-5 atas nama Shaharom Bt Che Amin (Ibu).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber:lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*