‘Hujan Lebat, Ribut Petir & Angin Kencang Hingga November’ – Jabatan Meteorologi Malaysia

Kebelakangan ini, cuaca hujan kerap kali berlaku terutamanya pada waktu petang. Sedikit sebanyak, ianya menyukarkan mereka yang membawa motorsikal untuk pulang ke rumah.

Menerusi Facebook rasmi, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan media mengenai hal terbabit.

Mengalami tempoh peralihan monsoon

Related image

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara ini akan mengalami tempoh peralihan monsun bermula hari ini sehingga awal november. Malaysia juga turut akan mengalami angin dengan kelajuan yang lemah dari pelbagai arah dan tempoh peralihan tersebut menandakan berakhirnya musim monsun barat daya.

Hujan lebat dan badai petir dijangka berlaku dalam jarak pendek yang diikuti oleh angin kencang yang kerap terutama pada petang hingga malam.

Kebanyakan kawasan yang akan dilaksanakan adalah negeri pantai barat dan kawasan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah dan bahagian barat dan pusat Sarawak.

Berhati-hati sepanjang tempoh peralihan

 

Kebanyakan kawasan yang akan dilaksanakan adalah negeri pantai barat dan kawasan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah dan bahagian barat dan pusat Sarawak.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia.

VIDEO:

Orang ramai juga boleh mengetahui maklumat berkaitan cuaca melalui aplikasi mobil myCuaca, media sosial iaitu Facebook – malaysiamet dan Twitter – @malaysianmet serta MMD Hotline di talian 1-300-22-1638.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *