“Harga RM15 kau kata hambar?” – Nabila Huda Berang Customer Merungut Tunggu Makanan 2 Jam, Presentation ‘Hambar’

Rata-rata selebriti zaman sekarang dah tak bergantung sangat dengan jobmenyanyi atau berlakon, malah dia orang lebih memandang ke hadapan dengan buka bisnes sendiri macam restoran dan lain-lain.

Admin sebenarnya tak tau pulak pelakon hebat, Nabila Huda sekarang ada buka warung bernama Waroeng Isabella yang mengetengahkan masakan asli Lombok dan Bali. Tapi baru-baru ni dengarnya ada feedback negatif pulak dari customer di media sosial.

 

“Makanan Waroeng Isabella is har-har hambar”

Menerusi perkongsian di Twitterseorang netizen merungut yang masakan ikan gurami yang dipesannya itu tak sama langsung dengan apa yang ditunjukkan kat gambar. Senang cerita, dia kata makanan kat restoran Abil ni ‘hambar’ dan tak macam dia sangkakan. Tu belum lagi tunggu 2 jam nak dapatkan makanan.

Sumber: Twitter

 

“Hambar ke? Ikan gurami punya besar, harga RM15 kata hambar?”

Tak lama lepas tweet ni viral, owner Waroeng Isabella, Nabila Huda atau Abil beri jawapan balas kepada rungutan tersebut. Ini penjelasannya:

 

 

Admin dapat rasakan yang Abil memang marah jugaklah sebab ikan gurami yang disediakan kat warungnya tu memang agak besar walaupun presentation tak sama macam rupanya yang sebenar. Lagipun katanya, makanan di Mc Donald’s dengan KFC tu lagilah lain presentation vs reality, tapi orang still nak pi makan situ jugak?Emmm acaner?

 

“Cuba kalau orang tegur tu, first sekali kau minta maaf dulu” 

Walaupun Abil dah bagi penjelasan di sebalik rugutan tersebut, netizen nampaknya macam tak puas hati dan ada yang cakap Abil ni macam tak boleh terima teguran pulak. Aduhai!

Sumber : Twitter

Apa-apapun bagi admin, sebagai owner kita perlulah take note teguran yang diberikan customer supaya servis yang kita berikan pada masa hadapan nanti akan lebih baik dari sebelumnya. Kalau masakan di warung Abil ni sedap, gerenti lagi ramai pelanggan datang tau!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*