“Hang sorang je yang tengok aku kurus macam ni” – Zaibo Sempat Video Call Tiara Jacquelina Sebelum Meninggaal Dunia

Selepas 6 bulan menderita sakit kanser esofagus, pelakon Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62 telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi, kira-kira jam 1.30 petang, lapor mStar.

Berita yang disahkan isterinya, Siti Hawa Sawal ini telah membawa kedukaan kepada seluruh industri hiburan terutama pelakon yang pernah mengenali dan bergandingnya termasuklah Tiara Jacquelina.

“Tak kesampaian janji nak berjumpa…” 

Menerusi perkongsian Tiara di Facebook, dia meluahkan rasa kesalnya kerana tidak sempat untuk bertemu dengan Zaibo. Bagi yang tidak tahu, Tiara merupakan penerbit bagi sitcom bersiri Spanar Jaya yang dilakonkan Zaibo sehingga melonjakkan nama arwah dalam industri lakonan.

“Saya tengah dalam perjalanan ke Batu Pahat nak jumpa dengan Zaibo hari ini.

“Malangnya baru terima khabar duka dari Radhi Khalid, Abang Zaibo dah kembali ke Rahmatullah. Tak kesampaian janji saya pada beliau nak berjumpa,” katanya.

Sumber: The Star

 

“Hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja”

Lebih sebak, beberapa hari lepas Tiara sempat bervideo call dengan Zaibo dan pelakon itu berkongsi keadaan dirinya yang semakin uzur serta kurus dengan penerbit tersebut.

“Baru beberapa hari lepas kami sempat ber-video call, dan masa tu beliau masih ceria dan joking like his usual self. Sempat ambik screenshot ni. Kata Zaibo, hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja. Come and visit me soon ok? Katanya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatehah buat temanku Zainal Ariffin Abdul Hamid @Zaibo 😔 At least you’re free now from pain and discomfort. So sorry I was too late my friend,” katanya. 

Sumber: Facebook

Menurut Tiara, arwah Zaibo akan dikebumikan di Batu Pahat mungkin lepas Asar atau Maghrib nanti. Marilah kita sama-sama doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al Fatihah… 

 

Zaibo ‘pergi’ dalam wuduk

“SUAMI sempat minta mandi dan ambilkan wuduk. Tidak lama selepas itu dia sudah tiada,” kata Siti Hawa Sawal, isteri Allahyarham Zaibo yang meninggaal dunia hari ini.

Siti Hawa ketika dihubungi berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sisinya, anak-anak dan keluarga terdekat 1.30 petang tadi di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.

“Alhamdulillah, rezeki dia (suami) pergi dengan mudah. Sebelum meninggaal dunia, arwah cakap dia panas dan minta dimandikan.

“Buat masa ini, saya mohon maaf kerana tidak boleh memberi komen lanjut kerana masih terkejut dan terlalu sedih dengan pemergiannya.

“Insya-Allah, biarlah saya uruskan semuanya terlebih dahulu dan sedia memberikan kenyataan selepas ini. Apa pun, terima kasih diucapkan,” katanya.

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di rumah mereka di Rengit dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit selepas solat Isyak.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan lanjut selepas dirujuk oleh Hospital Batu Pahat.

Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Spanar Jaya itu mulai merasai tanda-tanda sakit dua minggu selepas Aidilfitri lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber; lobakmerah / hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*