Hadi, MB Terengganu kunjung Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya.

Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

PAS menawan kerajaan negeri di Terengganu selepas pilihan raya umum 9 Mei ini.Mereka turut kekal sebagai kerajaan negeri di Kelantan.


 

Walau bagaimanapun, butiran di sebalik pertemuan itu tidak diketahui.

Sebelum ini, turut membuat kunjungan hormat kepada perdana menteri adalah Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB).

Berbeza dengan Umno, pemimpin PAS tidak terlalu kritikal terhadap pentadbiran Pakatan Harapan sejak PRU14, walaupun kedua-dua Hadi dan Mahathir kerapa bertikam lidah semasa dan sebelum kempen pilihan raya.

Kredit: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *