Guns N’ Roses Pilih November Untuk Konsert Di Malaysia

Ini bukan pertama kali Guns N’ Roses (GNR) mengadakan konsert di Malaysia. Pada tahun 2013, mereka pernah membuat konsert khas untuk Malaysian Sepang F1.

Baru 2 jam yang lalu, GNR memasukkan pula lokasi Asia untuk tour ‘Guns N’ Roses: Not In This Lifetime’ dan Malaysia juga turut tersenarai dalam tour Guns N’ Roses ini.

 

Jika pada tahun 2013 mereka datang tanpa gitaris legenda Slash, untuk jelajah ini original line up Guns N’ Roses iaitu Axl Rose, Slash dan Duff McKagan akan sama-sama menghiburkan peminat setia mereka. Peminat GNR pasti tahu perselisihan faham antara Axl Rose dan Slash yang berkurun lamanya telah berakhir sekitar tahun 2015 dan Slash kembali menyertai GNR.

Masih belum ada info tentang harga tiket dan di mana konsert ini berlangsung. Buat peminat tegar GNR, ini adalah peluang untuk melihat mereka secara live jika anda terlepas konsert mereka di Malaysia sebelum ini.

Kredit: The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *