Gudang diserbu kastam, haters minta Sajat bertaubat – “Ni petanda suruh kau taubat Jat…”

elum reda dengan kontroversi yang mengatakan, uahawan yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status jantina pada kad pengenalan sebelum ini, timbul pula isu yang lain.

Terbaru, sebuah video telah dimuat naik di Instagram yang menunjukkan sepasukan anggota kastam telah menyerbu gudang yang menyimpan produk jualannya. Namun menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Sajat, insiden itu bukannya salah pihak berkuasa, sebalik berpunca daripada kesilapan pengurusan gudangnya sendiri.

Kenapa ni sis?

Walau bagaimanapun, pengikutnya tidak ketinggalan menghujani ruangan komen pada posting tersebut dengan bertanyakan apa sebenarnya yang sedang terjadi tetapi tiada jawapan untuk mereka malah ada juga segelintir daripada mereka gembira dengan kesedihan yang dialami oleh Sajat.

Padan muka!

Namun setakat ini, punca sebenar pihak kastam menyerbu gudang tersebut belum diketahui dan diharapkan semoga pihak Sajat dapat tampil memberikan penjelasan yang sebenar.

Sumber : Nur Sajat via Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*