Graduan Ini Sanggup Pakai Jubah, Singgah Di Pus4ra Mama Dan Ayahnya Sebelum Majlis.

‘Iqa konvo hari ini’… Graduan ini sanggup pakai jubah, singgah di pusar4 mama dan ayahnya sebelum majlis

Ibu dan bapa antara insan yang paling gembira apabila anaknya berjaya menjejakkan kaki di menara gading selain menamatkan pengajian mereka.

Namun buat mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Melaka ini menerima Anugerah Naib Canselor (ANC), hanya mampu menyambut hari pengijazahan bersama-sama abang, datuk, nenek serta ibu saudaranya selepas kehilangan ibu ayahnya.

Buat Nur Haziqah Shapie, 22, berkata, dia kehilangan ibunya, Salina Adam, pada tahun 2016 ketika berada di semester pertama yang menyebabkan dirinya hilang semangat.

Anak bongsu dari dua beradik ini menambah, pada waktu itu, dia sedang menunggu keputusan peperiksaan dan mahu menunjukkan ia kepada ibunya.

“Saya memang tak sabar nak tunjuk pada mama kerana sudah buat yang terbaik sepanjang semester pertama.

“Tapi… ALLAH lebih sayangkan mama. ALLAH minta pinjamanNya dipulangkan sebelum sempat melihat keputusan peperiksaaan saya pada ketika itu,” katanya.

Nur Haziqah berkata, pada awal pemergian ibunya, dia menyedari bahawa dirinya kehilangan ‘perisai’ yang berharga iaitu doa dan keberkatan seorang ibu.

Dia yang semakin hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya sehinggakan memberitahu ayahnya,Shapie Mohd Saru, untuk berhenti belajar atau menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu.

 

Pada ketika itu, katanya, dia sangat bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang banyak memberi sokongan kepada dirinya selain kawan-kawannya agar meneruskan pengajiannya.

“Ayah selalu cakap pada diri saya untuk menghabiskan pengajian selain arw4h mama juga mahu lihat saya konvo bila tiba masanya.

“Arw4h ayah juga menambah kalau mama tak dapat tengok sekurang-kurangnya, dia boleh tengok anaknya konvo,” katanya.

Disebabkan itu juga membuatkan Nur Haziqah meneruskan pengajian selain menetapkan niat baru yang mahu membanggakan ayahnya.

Nur Haziqah menerima Anugerah Naib Canselor dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Melaka baru-baru ini.

Anak kelahiran Johor yang kini menetap di Melaka berkata, walaupun sudah ketiadaan ibu, tetapi dia masih ada ayah untuk dibanggakan selain melihatnya ketika majlis konvoksyen nanti.

“Pada ketika itu saya mahu ayah bangga dan peluk anaknya kerana berjaya dalam pelajaran.

“Sehingga semester keempat, ayah jadi saksi dan dia tengok setiap keputusan selain melahirkan rasa sangat bangga dengan keputusan saya itu,” katanya.

Nur Haziqah menambah, sewaktu pra pengijazahan, dia sempat memberitahu ayahnya menyatakan dirinya bakal mendapat Anugerah Pelajar Terbaik.

“Walaupun masa itu arw4h ayah dalam keadaan kurang sihat, tak berapa larat untuk bercakap, arw4h sempat menujukkan tanda bagus pada diri saya.

“ALLAH sayang ayah. Arw4h pergi beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir dan pada masa itu saya tidak study kerana menangis setiap malam selain mengulang kaji pelajaran secara ala kadar,” katanya.

Nur Haziqah yang kini dalam perancangan mahu melanjutkan pengajiannya berkata, dia percaya keputusan peperiksaan pada semester 5 adalah satu keajaiban daripada ALLAH yang juga maha pengatur walaupun tiada siapa untuk ditunjukkan keputusan cemerlangnya itu.

“Kekuatan itu datang dari ALLAH, keluarga, teman lelaki dan kawan-kawan lain walaupun terpaksa bergelut dengan depresi selain pernah terfikir untuk bunuh diri selepas kehilangan mama dan ayah.

“Tapi saya selalu ingatkan diri bahawa ayah dan mama tidak pernah mahu kehidupan seperti itu. Saya mahu pimpin tangan mereka dan menuju ke jannah bersama-sama,” katanya.

Ditanya mengenai hantaran postingnya di Twitter ketika mengunjungi pusar4 ibu dan ayahnya menjadi tular di kalangan warganet, Nur Haziqah tidak menyangka ia menjadi perbualan di kalangan netizen.

Nur Haziqah mengunjungi pusar4 ibu dan ayahnya sebelum menghadiri majlis pengijazahan di UiTM Melaka.

Katanya, dia memuatnaik status itu ketika hari pengijazahan di UiTM Melaka pada baru-baru ini dengan memakai jubah konvo pada sebelah pagi.

“Saya singgah di pusar4 mama dan ayah dulu sebab mereka orang pertama yang akan lihat saya pakai jubah konvo jika masih hidup.

“Malah perjalanan saya ke Dewan Taming Sari untuk majlis pengijazahan itu juga menyebabkan langkah saya semakin berat dan sayu kerana teringatkan pada arw4h mama dan ayah. Apa pun, ini adalah hadiah untuk mereka,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Kampusouls / media online

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*