Gempa di PALU INDONESIA dan Kilat sabung menyabung di MAKAH bukti kiamat sudah hampir

 

RIYADH – Banjir kilat akibat hujan lebat me­landa Jeddah kelmarin mengakibatkan ramai pengguna kenderaan terkandas dan memaksa pihak berkuasa menutup sekolah dan universiti di bandar raya kedua terbesar Arab Saudi itu.

Portal berita Arab News melaporkan, Jabatan Pertahanan Awam menyelamatkan 400 mangsa banjir di sekitar kota suci Mekah dan menangani 250 aduan berkaitan renjatan elektrik.

“Dua daripada mangsa yang terkena renjatan elektrik meninggal dunia, manakala tiga lagi berada dalam kea­daan stabil,” kata jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Kolonel Saeed Sarhan.

Di kota raya Jeddah, berpuluh-puluh orang diselamatkan daripada kenderaan yang terkandas akibat banjir, manakala hujan lebat dijangka berterusan sehingga semalam, kata pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi.

Penduduk tempatan memuat naik klip video di media sosial dengan satu daripadanya memaparkan sebuah konvoi kenderaan rasmi mengharungi jalan raya yang bertukar menjadi seperti sebuah tasik.

Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa sekolah di Jeddah akan terus ditutup bagi menjaga keselamatan pelajar berikutan kebimbangan lebih banyak hujan akan turun.

Pihak berkuasa Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar (GAMEP) berkata, hujan diramalkan berterusan di rantau itu termasuk di Jeddah, Usfan, Dhaban, Bahra, Khulais, Mekah dan Taif.

Saeed berkata, hujan lebat itu mengakibatkan kerosakan pada sejumlah harta benda awam dan persendirian ketika orang ramai mendesak pihak berkuasa menyiasat punca kelewatan pelaksanaan projek saliran banjir di Jeddah

Tambahnya, Jabatan Pertahanan Awam mewujudkan bilik koordinasi di semua bandar yang terjejas akibat banjir,

Banjir di Jeddah berlaku hampir setiap tahun dengan penduduk menyalahkan kelemahan infrastruktur sebagai puncanya.

Banjir di bandar Laut Merah itu meragut 123 nyawa pada 2009 dan mengorbankan kira-kira 10 orang dua tahun kemudian. – AFP/ Agensi

sementara itu,

JAKARTA 28 Sept. – Indonesia menarik balik amaran tsunami sejam selepas dikeluarkan ekoran gempa bumi kedua berukuran 7.5 magnitud di Sulawesi hari ini.

Gempa bumi pertama berukuran 6.1 magnitud yang berlaku beberapa jam sebelum itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya seorang mangsa manakala 10 lagi cedera selain turut memusnahkan banyak rumah.

Walau bagaimanapun pegawai Agensi Mitigasi Bencana Alam meminta orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga ekoran masih berlaku gempa bumi susulan.

Jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya telah menasihatkan orang ramai untuk berada di kawasan selamat dan tidak mendekati bangunan yang rosak.

Beliau berkata, agensi tersebut di Jakarta menghadapi kesukaran untuk menghubungi pihak berkuasa di beberapa kawasan terbabit. – Reuters

Gempa 7.5 magnitud Indonesia menyebabkan berlaku tsunami

Wilayah tengah Indonesia digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan agensi bencana kebangsaan mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa melanda wilayah tengah pulau Sulawesi itu dengan kedalaman 10 kilometer, berlaku beberapa jam selepas gempa sederhana mengorbankan seorang di kawasan yang sama.

Agensi bencana Indonesia mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai barat Sulawesi dan pantai timur pulau Borneo, Indonesia.

Beberapa siri gempa melanda negara itu terutama di pulau Lombok sebelum ini yang mengorbankan kira-kira 500 orang dan memaksa ribuan penduduk berpindah serta berlindung di khemah.

Pada 2004, gempa 9.3 magnitud di dasar laut menyebabkan berlakunya tsunami di luar pantai Sumatera di barat Indonesia mengorbankan 220,000 orang penduduk di sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 rakyat Indonesia.

Banyak gempa tanda hampir kiamat

SEDAR atau tidak, dalam tempoh seminggu pertama bulan Mac, negara merasai tujuh gegaran akibat gempa bumi yang berlaku. Kebanyakannya berlaku di Suma­tera, Indonesia dan Laut Bismarck, 204 kilometer barat daya Kavieng, Papua New Guinea. Kejadian-kejadian tersebut berlaku antara tarikh 1 hingga 5 Mac.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, satu daripada gempa bumi itu berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lalu. Bagaimanapun, gempa yang berlaku pada 5.04 petang itu berskala lemah iaitu 3.5 pada skala Richter. Daripada enam gegaran, gempa bumi yang berlaku di Barat Daya Sumatera pada 2 Mac 2016 adalah yang terkuat dirasai apabila mencatatkan bacaan 7.9 skala Richter. Gegarannya turut dirasai oleh mereka yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Johor.

Memanglah semua itu kita sebut sebagai bencana atau fenomena alam. Namun, banyaknya berlaku gempa itu juga adalah tanda-tanda kiamat makin hampir. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan tiba hari kiamat hingga dicabutnya ilmu, banyak terjadi gempa bumi dan masa dirasakan berdekatan.” (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW menyebut kejadian gempa bumi adalah salah satu tanda kiamat dan kebanyakan gempa bumi berlaku kerana letusan gunung berapi. Kejadian letusan gunung berapi dan gempa bumi makin kerap berlaku.

Statistik sebuah agensi di bawah Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), National Earthquake Information Centre menunjukkan kejadian gempa bumi yang berlaku sekitar tahun 2010 dalam magnitud 6 hingga 9.9 skala Richter adalah 73 kes di seluruh dunia. Ini mengakibatkan 226,729 kematian. Dalam tempoh 1 Januari hingga 15 Mac 2011, sebanyak 81 kejadian gempa bumi direkodkan.

Bagi orang mukmin, berlaku gempa bumi juga adalah sebagai peringatan Allah kepada manusia tentang usia dunia yang semakin tua. Untuk itu, memerlukan kita sentiasa dalam keada­an bersedia dengan melipatgandakan amal ibadat.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan gambaran dunia seperti wanita tua yang sedang memakai perhiasan. Wanita tua ini masih cantik dengan solekan, dandanan dan perhiasannya. Namun, di dalam tubuhnya sudah bersarang pelbagai penyakit sejak lama.

Mengenai masa pula, memang berlalu begitu pantas. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu suntuk. Sehingga banyak perkara belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang di­sibukkan. Kita diburu masa yang berlalu dengan tidak ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Imam al-Karmani, maksud singkatnya masa ini adalah dicabut keberkatan daripada­nya. Dahulu dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara yang dapat kita buat. Ini juga satu petanda hampirnya kiamat.

Oleh yang demikian, ayuh kita memanfaatkan saki-baki masa dan umur untuk meningkatkan amalan kebajikan dan menghindar melakukan kemaksiatan. Masa yang lepas jadi sejarah yang tidak boleh diubah.

Sekarang mari kita berazam memastikan setiap apa yang kita lakukan hanyalah perkara yang baik-baik. Tidak semestinya ibadat khusus iaitu solat, puasa dan haji. Banyak lagi amal kebajikan yang boleh kita buat hatta mengubah duri atau halangan di jalanan pun dikira kebajikan.

Mengucapkan perkataan yang baik juga dikira sebagai melakukan kebaikan. Sebabnya berapa ramai manusia yang diseksa oleh Allah SWT di akhirat kelak angkara lidah yang tidak bertulang. Lidah yang mudah mencela dan mengumpat termasuk juga mengongsi (share) berita-berita yang belum dipastikan kesahihannya melalui laman-laman sosial.

Ingatlah hidup di dunia hanya sekejap berbanding kehidup­an di akhirat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat melainkan bagaikan salah seorang kamu memasukkan jari tangannya ke dalam lautan, perhatikanlah apa yang dibawa oleh jari itu.” (Riwayat Muslim

sumber: utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*