Gara-Gara Nak Markah Tinggi, Hubungan Guru, Pelajar Terbongkar Selepas Telefon Bimbit Hilang

Hubungan terlarang yang dijalinkan oleh seorang guru lelaki dengan pelajar perempuannya terbongkar berikutan tersebarnya gambar-gambar lucah pelajar tersebut di ruangan internet. Penyebaran gambar tersebut adalah disebabkan kehilangan telefon bimbit pelajar tersebut ketika berada di sekolah. Kejadian yang berlaku di Indonesia ini melibatkan guru dan pelajar perempuan dari salah sebuah sekolah menengah di Ketapang, Indonesia.

Menurut pelajar tersebut, dia sering mengirimkan gambar-gambar peribadi kepada guru yang dianggap sebagai kekasihnya itu.

Dia juga mendakwa perlu melayani nafsu lelaki berkenaan sekiranya menginginkan markah yang bagus setiap kali ujian peperiksaan di sekolah.

Tetapi, sekiranya dia tidak melunaskan janji dengan menolak untuk memuaskan nafsu gurunya itu, pelajar tersebut akan memperoleh markah ujian yang buruk.

Remaja tersebut juga didakwa telah diberikan wang sekitar RM14 sehingga sehingga RM44 dan juga dibelikan telefon bimbit supaya memudahkan mereka untuk berhubung. Perkara ini berikutan telefon bimbit pelajar tersebut telah dirampas oleh abangnya kerana melarang hubungannya bersama guru itu sebelum ini.

Saya membeli telefon bimbit supaya dapat berhubung lagi, sehingga akhirnya mangsa menghantar saya gambar tanpa pakaian.

Apabila guru tersebut disoal-siasat, suspek mengaku bahawa pernah beberapa kali bersetubuh dengan pelajarnya itu namun bukanlah secara paksaan malah disebabkan oleh faktor suka sama suka.

Guru tersebut turut mengaku bahawa mereka berdua sememangnya menjalani hubungan sebagai kekasih walaupun dia telah mempunyai isteri dan anak.

Sedar akan perbuatannya itu telah terbongkar, guru tersebut telah meminta maaf kepada isterinya akan kesilapan yang telah dilakukan.

Apa yang jelas ialah saya minta maaf atas kejadian ini, saya juga meminta maaf kepada isteriku sehingga sujud kepadanya bagi mendapatkan kemaafan.

Walau bagaimanapun, pelaku telah ditahan oleh pihak polis bagi menjalani proses siasatan lanjut. Hukuman mungkin akan dijatuhkan kepada guru itu kerana melakukan persetubuhan dengan perempuan di bawah umur.

Sumber: Tribunnews via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *