Gambar Keriangan Ibu Gelandangan Yang Menghiburkan Anaknya Buat Ramai Tersentuh Hati

Keakraban ibu gelandangan yang menghiburkan anaknya bukti bahagia milik semua bukan untuk golongan kaya semata-mata

Kebahagiaan tidak mengenal waktu, tempat dan individu. Semua berhak merasai tidak kira golongan miskin atau kaya.

Kisah kemesraan seorang ibu dan anak lelaki di kawasan lampu isyarat di Parañaque, Filipina membuktikan kebahagiaan tidak mengenal siapa, malah mampu dimiliki di mana-mana sahaja.

Kisah berkenaan menjadi tul4r pada 9 April lalu, selepas seorang pemuda yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya memuat naik gambar dua beranak itu gurau senda tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Gambar berkenaan menjadi tul4r di laman sos1al dan mendapat lebih 21,000 perkongsian.

Dalam status lelaki berkenaan yang dikenali, Ameniel Del Mundo, memuat naik gambar dua beranak itu dilihat mesra bergurau walaupun dalam keadaan yang tidak terurus tanpa mempedulikan di sekeliling.

“Walaupun dihimpit kemiskinan namun kebahagiaan dua beranak itu tetap terserlah tanpa menghiraukan kebisingan di kawasan sekeliling,” tulisnya di laman fcebook miliknya.

“Kita tidak boleh memilih keadaan yang berlaku kepada kita, tetapi kita boleh memilih untuk berbahagia apa jua keadaannya. Itulah sebabnya kebahagiaan selalu menjadi pilihan,” kata lelaki itu dalam catatan Fcebooknya.

Kemesraan itu mengundangkan rasa sebak dalam kalangan netiizen yang kagum melihat keakraban mereka walaupun dalam keadaan daif dan tidak menyenangkan.

Namun keesokan harinya, selepas gambar itu menjadi tular, Del Mundo kembali ke tempat berkenaan untuk menemui dua beranak berkenaan tetapi tidak dijumpai.

“Bagi mereka yang ingin membantu, kami masih mencari dua beranak itu sejak semalam,” tulis Del.

Malah dia itu berjanji untuk mengemas kini keadaan dua beranak itu selepas menemui semula keluarga kecil itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Says, Fly FM, Ameniel Del Mundo/Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *