Gadis Muda Ini Buat 5 Kerja Sampingan Biarpun Masih Bergelar Pelajar Cetus Inspirasi!

Bergelar seorang pelajar dengan tugasan yang diberi pengajar dan ulangkaji sememangnya perlukan pengurusan masa yang betul. Itu belum lagi ditambah dengan kerja-kerja sampingan yang para pelajar lakukan demi menampung perbelanjaan harian.

Nurul Kamilia Afiqah binti Mohd Kamaruzaman adalah seorang pelajar jurusan Sains di UPSI. Buat gadis berusia 21 tahun ini, melakukan lima kerja sambilan serta bergelar seorang pelajar sememangnya perlukan semangat yang kuat.

Kisahnya tular di sosial media

Kisah mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan Afiqah ini tular di sosial media selepas dia berkongsikan mengenainya di Twitter.

5 kerja part time

Kami sendiri sempat menemubual ringkas Nurul Kamilia Afiqah untuk mengetahui lanjut mengenai kisahnya ini.

‘Sambut’ setiap peluang yang datang

Menurut gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini, dia melakukan beberapa kerja sambilan di Minimart, kedai Print KHAR, Kedai Print KUO, di Canselori UPSI, menjual ais krim, menjaga gerai jualan karnival dan dalam proses training sebagai barista.

Rutin harian

Apa sahaja peluang yang ada pasti dia akan sambut. Berkongsikan rutin hariannya pula, seawal jam 8 pagi dia akan ke tempat kerja jika tiada kelas. Jika ada waktu rehat sejam sekali pun dia akan ke tempat kerja untuk mengisi masa kerana baginya masa sangat berharga. Jadi dari 8 pagi sampai 6 petang dia akan berselang-seli bekerja dan ke kelas.

Jika kelas penuh sampai pukul 6, dia akan ke tempat kerja selepas kelas. Paling lewat dia bekerja sehingga 12 tengah malam. Bila pulang, dia akan buat aiskrim atau masak untuk makan keesokan harinya. Dia juga akui tidak akan tidur selagi tugasan yang diberi pensyarah pada hari itu tidak diselesaikan.

Ais krim yang dibuat Kamilia.
Ais krim yang dibuat Kamilia.

Malah pada hujung minggunya juga akan dipenuhi dengan kerja sampingan di berlainan tempat dari 7.30 pagi sehinggalah 12 malam.

Keluarga dorongan utama

Memang benar-benar gigih insan bernama Nurul Kamilia Afiqah ini. Ceritanya lagi apa yang mendorong dia untuk melakukan semua ini adalah bila dia teringatkan sewaktu pendaftaran masuk UPSI.

“Abah ada cakap kat ibu, ‘Afiqah tak tahu ke kita takde duit’. Masa itu keluarga kami ditimpa dugaan. Ibu sebelum ini bekerja tidak lagi bekerja dan hanya abah yang tampung kami semua. Kini adik belajar di UiTM dan seorang lagi di sekolah rendah”, ujarnya.

Semangat kuat Kamilia wajar dicontohi.
Semangat kuat Kamilia wajar dicontohi.

Melihatkan keadaan ini dia nekad untuk sambung belajar bagi mengubah keadaan keluarganya itu. Masa semester pertama Kamilia hanya bergantung kepada duit bantuan dan semester kedua dia dapat banyak kerja sampingan. Jadi dia gunakan peluang ini untuk cari duit.

Guna wang bantuan langsaikan yuran

“Aturan Allah itu hebat. Biarpun pada semester kedua masih belum terima PTPN, saya dapat langsaikan yuran dengan wang bantuan dan untuk belanja makan saya gunakan duit gaji kerja sampingan,” ceritanya.

Salah satu kerja sambilan yang dilakukan Kamilia.
Salah satu kerja sambilan yang dilakukan Kamilia.

Luahnya memang penat membuat pelbagai kerja dalam satu masa, tapi membayangkan keadaan keluarganya dia sanggup bersusah payah.

Tidak berenggang dengan buku dan laptop

Biarpun rutin hariannya yang padat, Kamilia tidak pernah berenggang dengan beg berisi buku dan laptop. Pantang ada masa lapang dia akan buka buku dan nota atau siapkan tugasan yang diberikan pensyarah.

Nasihatnya kepada pelajar di luar sana, susah mana pun kita ingat kita ada Allah yang boleh tolong. Tapi mestilah ada usaha. Gunakan 24 jam sehari dengan sebaiknya.

Sumber foto: Kamilia Afiqah via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*