FAIZ ROSLAN SAHUT SERUAN MENTERI DAN GUNAKAN TANDAS OKU. TAPI AYAT BELIAU MEMANG PEDAS

 

 

KUALA LUMPUR: Komuniti transgender digesa agar menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan kelainan upaya (OKU) buat sementara waktu sebelum mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata, langkah sementara itu adalah penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita yang berasa tidak selamat apabila golongan transgender menggunakan tandas wanita.

“Jadi saya menganggap ia penyelesaian terbaik sehingga orang awam menerima mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau tidak memberikan kebenaran kepada transgender untuk menggunakan tandas wanita.

Sebaliknya, beliau sebelum ini menjawab soalan wartawan berhubung isu itu secara berjenaka.

Dr Mujahid dikritik hebat selepas mengeluarkan kenyataan itu kerana mengabaikan keselamatan golongan wanita.

Fuziah berkata, golongan transgender juga berasa tidak selamat menggunakan tandas lelaki.

“Mereka takut mereka akan diganggu jika masuk ke tandas lelaki.

“Tapi, jika mereka guna tandas wanita, wanita pula rasa tidak selamat.

“Kita perlu memahami mereka,” kata Fuziah

Masuk tandas ikut mana air kencing keluar – Asri

SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membantu kekeliruan gender untuk membuat keputusan tandas mana yang perlu dimasuki untuk melepaskan ‘hajat’.

Jika kekeliruan itu terjadi beliau mengesyorkan supaya individu itu berjumpa dengan pakar untuk memeriksa dirinya semasa membuang air kecil.

“Jika ia keluar melalui alat sulit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita.

“Jika tidak keluar langsung, ataupun keluar tidak melalui alat sulit lelaki ataupun wanita, silalah ke hospital. Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya (OKU).

“Jika tiada kemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri,” tulisnya di Facebooknya, Isnin.

Katanya, jawapan itu sebagai respons pertanyaan orang ramai yang mahukan jawapan tandas mana yang perlu dimasuki oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender .

“Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terkhilaf dan menarik semula apa yang diperkatakannya dalam sidang media selepas bersemuka dengan seorang transgender, Nisha Ayub, Jumaat lalu.

Mujahid dalam kenyataan medianya hari ini berkata, beliau turut memohon maaf terhadap pihak yang berasa terancam dengan kenyataannya itu.

Menjelaskan situasi yang berlaku ketika sidang media itu, Mujahid menjelaskan, beliau menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu.

Namun katanya, apa yang dikatakannya itu bukan kenyataan muktamad mahupun arahan namun ia sekadar respons spontan daripadanya berkaitan penggunaan tandas wanita untuk transgender.-SinarHarian

Video:

Sumber daripada Sembang Tular & Mstar

Menteri saran transgender guna tandas OKU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*