Enggan Berganjak, Kucing Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Sebabnya buat netizan sebak

 

 

Enggan Berganjak, Kucing Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Meratapi Pemergian Tokwan. Viral video seekor kucing enggan berganjak dari kubur arwah Tokwan kepada Zarul Hisham dan Soffuan, malah cuba digali tanah kubur berkenaan di waktu pengebumian sedang berlangsung.
Enggan Berganjak, Kucing Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Meratapi Pemergian Tokwan.Gambar dan video yang dimuat naik oleh Soffuan, telah ditonton 1.2 juta kali dan dikongsi 16,000 lebih pengguna Facebook.

“Assalamualaikum. Tok Wan saya, Ismail bin Mat, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kelibang.

“Ada kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing putih datang mengelilingi kubur arwah. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah.

“Semasa arwah Tokwan saya di dunia, dia seorang yang cinta kepada kucing. Harap Tokwan ditempatkan dengan orang yang beriman.

Enggan Berganjak, Kucing Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Meratapi Pemergian Tokwan.

Enggan Berganjak, Kucing Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Meratapi Pemergian Tokwan.

“Kasih sayang Tokwan kepada kami cucu 38 orang daripada 12 anaknya tiada ganti. Terlalu banyak kenangan manis yang kami takkan lupa sampai bila-bila. Kami sayang sangat-sangat kat Tokwan. Moga tenang di sana, Al-Fatihah,” tulisnya.

Video Player

P/s: Selama ni kita dengar saja orang cerita kisah macam ni dalam blog, buktinya kita belum nampak tapi kalini siap ada video dan gambar yang pasti bukan edit dan rekaan. Kucing yang tak berakal ni dah buktikan pada kita semua inilah kelebihan orang yang berbuat baik kepada binatang. Bayangkan banyak mana kucing yang langsung tak buat dosa sepanjang hayatnya ni berzikir kepada arwah. ALLAHU sayangilah haiwan walau macammana keadaan pun haiwan berkenaan 🙂

Haiwan kesayangan Rasulullah SAW

DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.

Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.

Telah dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian dengan usapan.

Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus, seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Komen doktor

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing akan sakit.

Manakala Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah itu menegaskan, kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan dan lain-lain).

Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang silam dan dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.

Untuk mengangkat martabat dan nilai-nilai kucing, kebanyakan negara di dunia mengadakan pertandingan ratu kucing dan seumpamanya, termasuk Malaysia bagi memilih kucing yang tercantik dan menawan secara pemarkahan. Pemenang akan memperoleh hadiah-hadiah lumayan.

VIDEO Inilah Bukti Kesucian AL QUR AN…!!! Kucing ini Tidak Mau Menginjaknya

“SubhanAllah”, inilah ucapan pertama kali yang keluar dari bibir para pengguna media sosial ketika menyaksikan video tersebut.

Dalam video itu sendiri berisikan cuplikan dimana saat seekor kucing bercorak putih dan hitam diberi makanan. Namun di depannya, telah diletakkan sebuah kitab suci Al Quran.

Menakjubkannya, meski ia tertarik dengan makanan di depannya tapi kucing tersebut sama sekali tidak mau menyentuhkan kakinya ke Al Quran.

Justru sebaliknya, ketika diletakan buku biasa, kucing itu langsung melangkah dan menginjak buku hingga berulang kali.

Tapi begitu orang itu kembali mencuba mengganti buku dengan Al Quran, kucing itu lagi-lagi tak menginjak Al Quran tersebut.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*