Emas ke-5 dalam poket Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek kebangsaan Azizulhasni Awang buat lagi!

Berjaya memintas pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, dalam kedua-dua pusingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta petang tadi, Azizulhasni atau turut dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ itu meneruskan kayuhan bertenaganya untuk meraih pingat emas kelima negara.

Ia merupakan pingat peribadi kedua diraih Mohd Azizulhasni yang memenangi pingat perak bersama dua pelumba negara yang lain iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara pecut berpasukan pada hari pembukaan berbasikal trek, Isnin lepas.

*video ‘secret’ faktor kemenangan Azizilhasni di akhir artikel ini

Image result for azizul hasni awang

Pertaruhan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu untuk meraih pingat emas keenam buat negara berbaki dalam satu acara keirin yang akan berlangsung di velodrome yang sama malam ini.

Sumber: Astro Awani

Ibu bangga Azizulhasni sumbang emas

DUNGUN: “Saya minta dia buat yang terbaik demi negara, Alhamdulillah dia berjaya,” kata Selamiah Yong, 54, ibu kepada Azizulhasni Awang, yang berjaya merangkul pingat emas kelima negara, petang tadi.

Selamiah ketika dihubungi berkata, dia sebak dan menangis ketika menyaksikan ‘pertarungan’ Azizulhasni melalui televisyen.

“Malam tadi, Jijoe (Azizulhasni) ada hubungi saya meminta saya mendoakan pingat emas untuknya dan saya minta dia tidak bimbang kerana saya sentiasa berdoa demi kejayaannya.

“Saya juga meminta sepupu Azizulhasni yang kini berada di Makkah untuk berdoa supaya Jijoe memperoleh emas dalam semua acara ditandinginya,” katanya.

Image result for azizul hasni awang

Terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman, Azizulhasni menggapai emas kelima buat negara di Jakarta, menewaskan wakil Jepun, Tomohiro Fukaya di Velodrom Antarabangsa Jakarta, petang tadi.

Dalam kategori itu, Azizulhasni dan Tomohiro perlu memenangi dua daripada tiga pusingan yang ditetapkan.

“Saya sangat bangga apabila Jijoe berjaya meninggalkan pelumba Jepun itu pada kedua-dua pusingan terawal, sekali gus menyumbang emas untuk negara.

“Saya lihat dia (Azizulhasni) sangat letih ketika itu tetapi Alhamdulillah dia berjaya beri hadiah terbaik untuk rakyat Malaysia hari ini,” katanya.

Beliau berharap dan percaya Azizulhasni akan memperolehi pingat emas seterusnya untuk negara dalam acara keirin yang dijadualkan esok.

Image result for Tomohiro Fukaya asian game

“Saya yakin dan berdoa Jijoe dapat emas untuk acara yang paling digemarinya itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Ini dia! Azizulhasni Awang mengatakan faktor kemenangan dalam acara Sprint hari ini adalah disebabkan oleh gaya GARANG, BENGIS yang cuba ditunjukkan dengan style bermisai, sementelah acara ini baginya memerlukan karektor yang ‘serius’. Fuh macam ini pun boleh. Apa pun terbaik Azizulhasni Awang kerana sumbangan Emas yang sangat bermakna untuk Malaysia di Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61. Syabas!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*