Dulu Lembut Sekarang jadi Suami Sejati, tomb0i pula manis bertudung, perkahwinan pasangan ini dapat restu keluarga

Perkahwinan merupakan penyatuan antara dua hati lelaki dan wanita. Dalam agama Islam, antara syarat sah nikah ialah pengantin lelaki dan wanita, ijab kabul, saksi serta wali.

Jika cukup kesemuanya, pernikahan dikira sah dari segi agama dan undang-undang.

 

Kahwin T0mb0i?

Sejak beberapa hari ini, telah tular gambar-gambar perkahwinan seorang lelaki berpewatakan wanita (pondan) bernikah dengan wanita berpewatakan lelaki (pengk1d).

Hal tersebut telah berlaku di Sabah dan perkahwinan itu meriah dihadiri saudara mara mereka. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh adik pengantin yang dikenali sebagai Alonk BoySalleh, kakaknya yang juga seorang wanita berpewatakan lelaki telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka ‘lembut’ yang memang berpakaian seolah-olah wanita.

Namun, semasa hari pernikahan dan persandingan, mereka berdua kembali kepada fitrah asal dengan berpakaian sebagai seorang lelaki tulen dan pengantin perempuan manis bertudung.

 

 

 

 

Kembali ke fitrah ke?

Pengantin lelaki yang menggunakan nama Pyeah Sandha di Facebook nyata kacak dalam persalinan lelaki dan isterinya yang dikenali sebagai Chuck Chit di Facebook manis bertudung dan teserlah keayuannya.

 

 

 

 

Moga kekal ke anak cucu

Walau bagaimanapun, rakan-rakan daripada mereka turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut. Perwatakan mereka yang ‘tertukar’ itu menyebabkan ia kelihatan pelik dan membuatkan sesetengah pihak sukar memahami keadaan tersebut. Apa-apa pun selamat pengantin baru.

 

Komen netizen

Dorg bcinta.. Dan akhirnya kahwin.. Mana thu masing2 sama2 cari redha allah akhirnya kembali masing2 pada fitrah masing2.. Kdng2 allah jadikan sesuatu untuk hadirkan hidayah dalam hati kita.. Perancangan allah hebatt ❤

Alhamdullilah syukur.. Orang paling hepi adalah mak pak ampa.. Depa dah tak raplah dengan transformasi luaq bandaq ampa,sebab ampa dah balik pada fitrah asai..syukur,alhamdullilah,

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Chuck ChitPyeah SandhaAlonk Boy Salleh Via : infobenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *