Dua pekerja cemas gondola dinaiki tersangkut di tingkat 31

Dua pekerja penyelenggaraan bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki mereka tersangkut di luar bangunan Hotel Four Seasons dalam kejadian hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu melalui talian kecemasan sekitar jam 12.12 tengah hari tadi dan jentera penyelamat bergegas ke lokasi serta-merta bagi membantu mangsa terlibat.

Gondola yang dinaiki mangsa terlibat di tingkat 31 bangunan terbabit dalam kejadian yang berlaku tengah hari tadi. – Foto Ihsan Bomba Kuala Lumpur
Katanya, sejurus tiba, anggota mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun sedang berada di dalam gondola berkenaan yang tersangkut di tingkat 31 bangunan terbabit.

Gondola yang dinaiki mangsa terlibat di tingkat 31 bangunan terbabit dalam kejadian yang berlaku tengah hari tadi. - Foto Ihsan Bomba Kuala Lumpur

“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dari Unit High Rise (HRRT) dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.52 petang,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pihak bomba juga dimaklumkan kejadian berkenaan mungkin berlaku disebabkan masalah teknikal.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *