Dua beradik bak4r rumah sebab seronok lihat bomba padam api

DUA beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun ditahan bagi membantu siasatan siri kebakar4n yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu.

Tangkapan ke atas dua kanak-kanak itu dibuat pada jam 12 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakar4n sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.

“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan.

“Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” katanya.

Semalam, tular kanak-kanak terbabit yang dikatakan sengaja membak4r rumah berikutan seronok melihat anggota bomba yang datang memadam kebakar4n rumah di kampung itu.

Mohd Razi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan belum ada pengakuan direkodkan daripada kanak-kanak terbabit

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan 11 rumah dan satu kedai di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu terbak4r.

Kebakar4n turut melibatkan sebuah rumah kedai diikuti tiga unit rumah sewa beberapa hari sebelum Aidiladha baru-baru ini.

Kejadian ketiga membabitkan tujuh rumah di kampung sama pada 28 Ogos lalu.

Kelmarin kejadian keempat membabitkan rumah kanak-kanak itu sendiri terbak4r di kampung sama.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *