“Dr M hanya layak 30 peratus sokongan Melayu”- Ini sebabnya mengapa Tajuddin masih tak puas hati dengan prestasi Tun Mahathir sebagai PM

 

Anggota parlimen Umno hari ini mempertikaikan kajian dan tinjauan Merdeka Centre yang mendapati bahawa 62 peratus berpuas hati dengan kepimpinanan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

“Saya tak fikir ini betul. Kerana tidak ada asas, apa asasnya?

“Enam puluh peratus tinggi (sangat). Dia (Mahathir) mungkin layak dapat 30 peratus saja,” kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika ditemui di lobi Parlimen petang ini.

Menurut ahli parlimen Pasir Salak itu, orang Melayu tidak berpuas hati dengan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kerana gagal memenuhi janji 100 hari mereka itu dan sebaliknya mempersalahkan BN dan bukannya menjelaskan dasar mereka.

Tajuddin turut mempersoalkan sampel responden Merdeka Centre yang dikaji itu.

“Siapa mereka 60 peratus itu? Mungkin orang PKR, orang AMANAH, orang BERSATU? Kamu buat tinjauan di kawasan saya (kawasan) dan tengok.

“Bukan saya tak setuju (dengan kajian itu) tetapi jika kamu mahu nilai pencapaian pemimpin ia mesti berdasarkan kejayaan pemimpin.

“Saya tak setuju tinjauan yang berdasarkan sentimen. Sentimen politik, sentimen parti. Mesti objektif,” katanya.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said juga mempersoalkan kebolehpercayaan tinjauan itu dan mendakwa bahawa orang ramai lebih memihak terhadap Dr Mahathir kerana pengalaman politiknya, dan bukan prestasinya hari ini.

“Bergantung berapa ramai responden yang disoal […] jika responden (kecil) maka sukar untuk beri komen.

“Tetapi saya tidak pasti jika (tinjauan itu) adalah penilaian yang tepat. Ramai yang percaya Mahathir berdasarkan fakta bahawa dia pernah jadi PM sebelum ini,” katanya.

sumber: malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*