Disyaki Melakukan On*ni Dalam Tren, Lelaki Ini Direman 3 Hari

Viral baru-baru ni di Twitter dengan kes seorang lelaki di dalam tren yang melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita yang sedang berdiri berhampirannya. Aksi tak senonoh tersebut berjaya di rakam oleh orang awam yang turut berada berdekatan dengan si pelaku. Kalau dah naik tren bersesak tu la yang kena berjaga-jaga! 

Masuk tangan dalam seluar

Dari rakaman tersebut, memaparkan seorang wanita tengah bersandar di dinding tren dan lelaki tersebut  memasukkan tangannya di dalam seluar sambil memandang wanita tersebut. Kejadian ni dilaporkan berlaku di LRT Kelana Jaya menghala ke stesen LRT Universiti. Girl yang selalu naik tren, please, please, please hati-hati ye! Lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam tren LRT ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Twitter

 

Mungkin dia tengah garu je

Di Twitter, wanita tu sendiri mengatakan dia perasan dengan kelakuan pelik lelaki tu tapi dia ingatkan, mungkin lelaki tu tengah garu je tapi dia takut kalau dia cakap something dan memang kalau lelaki tu tengah garu je,  nanti nampak macam wanita tu pula yang overreacted. Tapi nasib baik orang yang merakam ni dah memang perhati yang lelaki ni memang dari tadi buat benda tak senonoh tu dalam tren tu. Fuhh, nasib baik!


Sumber: Twitter

 

Berjaya ditangkap oleh polis bantuan

Hasil tindakan pantas netizen melaporkan pada pihak RapidKL tentang kejadian tu, suspek yang terlibat dalam video viral gangguan seksual di LRT tu dah berjaya ditangkap oleh polis bantuan di LRT Universiti dan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pihak RapidKL juga memuat naik tweet di akaun Twitter mereka dengan mengatakan “Keselamatan anda, sentiasa menjadi keutamaan kami”, syabas RapidKL atas tindakan pantas menangkap pelaku tak senonoh tu!


Sumber: Twitter

so ingat ye wanita diluar sana yang naik pengangkutan awam ni hati-hati dan sentiasa alert dengan sekeliling anda! 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*