Disimbah air, dimaki hanya kerana ‘menyibuk’ nak tolong wanita disepak suami… netizen ‘nak pukuul mamat tu’

PETALING JAYA: Perkongsian mengenai nasib seorang isteri yang dipukuul suaminya di tempat letak kereta sebuah kondominium di Kajang tular dan menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi siri perkongsian di laman Twitter milik Aida Suraya Daud, 33, dia melihat mangsa sedang mendukung bayi bersama beberapa lagi anak kecilnya sewaktu kejadian Isnin lalu.

Aida ketika dihubungi mStar Online berkata, dia yang cuba meleraikan pertelingkahan itu turut dimaki serta disimbah dengan air sebelum membuat laporan polis, hari berikutnya.

 

Paparan skrin perkongsian Aida yang dimuat naik ke laman Twitter.

 

“Kejadian berlaku sekitar 6.30 petang, saya dengan anak kecil saya dalam kereta di ruangan parkir. Masa tu agak lengang mungkin kerana ramai dah bercuti.

“Kemudian saya nampak lelaki itu memarahi isterinya, dia tunjal kepala dan sepak wanita itu. Saya risau sebab dia dukung bayi dan ada beberapa orang lagi anak kecil bersamanya.

“Bila saya cuba hentikan, lelaki itu pertikai dan minta saya jangan menyibuk. Dia bukan sahaja ugut saya, malah dia simbah saya dengan air. Dia juga tunjuk isyarat lucah,” kata Aida pada Rabu.

Menurut pengurus pemasaran digital yang bekerja di ibu negara itu, dia juga sudah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak pengurusan kondominuim berkenaan.

 

 

Selain Twitter, Aida turut memuat naik foto laporan polis menerusi laman Instagram miliknya.

Malah, dia turut berharap agar kes berkenaan mendapat pembalasan sewajarnya memandangkan terdapat bukti rakaman kamera keselamatan di lokasi itu.

Dalam pada itu, Aida berkata, dia pastinya terkilan jika tidak membantu wanita berkenaan, tempoh hari.

“Memang rasa bersalah kalau tak bantu, tak fikir langsung nak jadi hero atau apa.

“Saya kongsi mengenai hal itu di Twitter untuk membuka mata orang ramai mengenai keganasan rumah tangga.

“Kalau wanita seperti saya boleh tolong, kenapa tidak orang lelaki di luar sana.

“Kalau saya sendiri di tempat dia, mesti rasa hopeless, down dan sedih. Cuba bayangkan kita kena rompak, orang tengok je tapi tak tolong,” kata Aida lagi.

Malah, dia turut berharap agar pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) akan lebih proaktif dalam mempromosikan kempen kesedaran dan memberi pendidikan mengenai keganasan rumah tangga.

Perkongsian Aida di Twitter menerima lebih 9,000 ulang kicau (retweet) dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang mereka terhadap perbuatan lelaki berkenaan.

“Aku baca dalam nada marah. Menjerit-jerit dalam hati,” tulis @SyukranRusmadi.

“Kenapalah aku tak pernah jumpa orang macam ni. Berderau darah aku nak pukuul mamat tu balik,” tulis seorang lagi netizen.

Selain perkongsian di Twitter, Aida turut memuat naik laporan polis mengenai kejadian berkenaan di laman Instagram miliknya.

“Aku doakan wanita dan isteri yang baca status aku ni, diberi kekuatan dan dipermudahkan jika anda diberi ‘rezeki’ suami durjana macam tu. Aku doakan one day ada sinar untuk korang,” tulisnya dalam kapsyen foto berkenaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber; mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*