Dikenali Dengan Sikap Mulut Celupar Dan Suka Pandang Rendah Peserta, Aksi Persembahan Ini Akhirnya Melopongkan Mulut Simon Cowell

Sejak kebelakangan ini, kita sering dipertontonkan dengan pertandingan-pertandingan uji bakat dan persembahan luar negara di televisyen seperti Britain’s Got Talent, Amerika Idol dan sebagainya.

Pendedahan masyarakat terhadap program seperti ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan kualiti pertandingan tempatan apabila ia menjadi satu benchmark untuk diikuti oleh stesyen tempatan.

Kebanyakkan program luar yang diambil oleh stesyen tempatan lebih terarah kepada program berbentuk nyanyian contohnya seperti Amerika Idol, The Voice dan lain-lain lagi. Walaupun mengubah konsep asal tetapi struktur pentandingan memang ianya diceduk bulat-bulat.

Salah satu program yang admin rasakan perlu diambil konsepnya untuk dipertandingkan di dalam negara adalah berbentuk persembahan dan bakat selain nyanyian. Contoh terdekat adalah seperti program Amarika’s Got Talent yang kini menjadi francais utama dengan memperkenalkan konsep persembahan bakat.

Tidak hanya menyuapkan penonton dengan bakat nyanyian semata-mata, pemain industri hiburan dalam negara seharusnya mempertingkatkan kualiti pertandingan dengan menumpukan kepada keupayaan kretiviti persembahan dan aksi.

Mungkin sudah muak melihat pertandingan berbentuk nyanyian semata-mata, satu anjakan paradigma untuk membentuk satu tahap pemikiran yang kritis dalam berhibur diperlukan oleh penonton dalam negara bagi bergerak ke satu tahap persembahan hiburan yang berkelas dunia.

Antara pertandingan yang menjadi perhatian admin sudah tentu America’s Got Talent. Pertandingan yang diilhamkan oleh Simon Cowell melalui Got Talent Francise ini bermula sejak yahun 2006 lagi.

Dengan mengetengahkan bakat dari pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian, aksi magik, lagak ngeri dan pelbagai genre lain, peserta akan diuji bakat terlebih dahulu sebelum dibenarkan melakukan persembahan secara live di setiap episode yang ditayangkan di lebih 100 buah negara.

Antara yang menjadi perhatian admin juga adalah juri tetap pertandingan yang terkenal dengan komen pedasnya terhadap peserta.

Dikenali sebagai seorang yang sering dianggap berlaku kasar dan berterus terang, beliau seringkali menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan para peserta, penonton dan pemerhati hiburan.

Kebiasaanya melalui komen dan mimik muka, para peserta selalu hilang keyakinan diri dan mula berfikir bahawa mereka benar-benar memang tidak berbakat, walaupun ianya tidak benar sama sekali.

Justeru itu, tidak hairanlah jika figura bernama Simon Cowell ini cukup digeruni oleh peserta pertandingan dan juga dibenci oleh penonton.

Jika melihat kepada perwatakkannya, jarang sekali beliau memberi reaksi positif terhadap persembahan peserta Amerika’s Got Talent. Tidak seperti juri lain yang dilihat pemurah dengan senyuman dan komen membina, Simon kini umpama menjadi satu identiti yang menetapkan benchmark yang tinggi dalam pertandingan berprestig itu.

Namun baru-baru ini menerusi fransaisnya di United Kingdom, Britain’s Got Talent, Simon jelas terpukau dengan aksi persembahan dari kumpulan Magus Utopia yang mempersembahkan aksi magik dan ilusi.

Simon dilihat amat berbeza dan bangun memberi standing ovation sebaik sahaja persembahan tersebut tamat. Jarang sekali permandangan seperti ini dilihat didalam mana-mana pertandingan Got Talentnya.

Admin juga berpandangan bahawa aksi dari kumpulan ini memang menarik dan mengimbau kenangan melihat aksi magik eropah dahulu kala. Dengan diikuti dengan musik latarbelakang yang membuai perasaan dan membangkitkan rasa cemas, memang sepatutnya Simon berdiri dan memberi komen yang positif.

Jom layan persembahan tersebut :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: LubokViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*