Dia Buat Hal Lagi, Biras Yang Gila Dan Sempoi. Tersembur Zaquan Adha Ketawa Lihat Gelagat Lan Pet Pet

Bagai nak luruh jantung, begitulah yang diungkapkan oleh setiap peminat yang menyaksikan perlawanan AFF Suzuki Cup final malam tadi.

Apa tidaknya Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 0-2 kepada skuad Naga Emas seawal 10 minit separuh masa pertama namun berjaya bangkit mengikat kedudukan di separuh masa kedua menerusi  Shahrul Saad dan Safawi Rasid Jaringan tersebut menjadikan keputusan penuh perlawanan 2-2.

Pelbagai gelagat dan kerenah peminat disaksikan malam tadi terutama yang menyaksikannya di stadium. Turut sama adalah kelibat golongan artis dan selebriti yang memeriahkan suasana.

Tidak ketinggalan Che Ta, Ayu Raudhah dan Lan Pet Pet yang merupakan keluarga terdekat pemain Harimau Malaya iaitu Zaquan Adha. Kehadiran mereka ke stadium hangat diperkatakan dan menjadi tumpuan lensa kamera pihak media.

Namun ramai yang tak tahu, Lan Pet Pet terlebih dahulu memuat naik sebuah video beliau melakukan aksi menyanyikan lagu Harimau Malaya di rumah di depan tv.

Video tersebut dikongsikan oleh biras beliau sendiri iaitu Zaquan Adha. Zaquan menulis kapsyen;

” Dia buat hal lg…habis semua jersy dia kerjakan hahaha. pape pun @lanpetpet @zainsaidin23 biras yg gila dan sempoi..tq for this video” 

Rata-rata peminat terhibur dengan aksi Lan Pet Pet itu yang begitu mencuit hati. Malah ada juga netizen mengatakan aksi Lan itu telah membakar semangat bukan sahaja para peminat tapi pemain Harimau Malaya sendiri.

Memang kelakar aksi Lan itu, sambil beliau menanyi, beliau menukar jersi Harimau Malaya beberapa kali, sampai terhibur biras Lan, Zaquan Adha.

 

Jom baca apa komen netizen

” lulushibah Memgaum tu ok dah tapi dah gaya kucing misai mcm tu ahahahhaa, Harap Lan dpt score goal mlm ni, Abg ipar yg sempoi hahaha.”

” fiza_amri membesar dgn lawak dia..dr sekolah lg.. Tapi awat maintain dr dlu smpai skrg. aku je ke terikut buat mulot cm dia.”

” umisholikaharung Lucu banget zaqone 08 buat org gelak 2 semoga berjaya sehingga menjulang piala ye amin 2 allah humma amin.”

” yang_merindui @zaqone_08 captain, mintak tolong sangat2 gantikan irfan main mcm kayu kaki je panjang, jaga org x pundek die lah lahanat..sibuk dengan gaya rambut die mcm kayu tu jimbet la die..bape kali die lepaskan penyerang vietnam..kalau lahanat tu main lagi dekat vietnam tu..mmg kalah jelah jawabnye.”

” _aidielhakim_Harap 2 leg…malaysia buat gol pembukaan yg menarik @zaqone_08 tahniah kerana comeback bagi seri..”

” bsrimnGood game cap..punya kesabaran yg tinggi…kalau saya dah bantai tadi player vietnam…pape pun goodluck next game.”

 

Jom lihat video di bawah

 

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe optimis

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya mampu menebus kekecewaan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Sabtu depan, setelah sekadar seri 2-2 di tempat sendiri dalam aksi final pertama malam tadi.

Cheng Hoe mengakui anak buahnya bermula baik dalam tempoh 10 minit perlawanan, sebelum hilang tumpuan sekali gus membolehkan Vietnam menjaringkan dua gol selepas 25 minit perlawanan, lapor Bernama.

Namun, beliau optimis skuad negara mampu meraih keputusan positif pada aksi timbal balik di Hanoi itu.

“Secara keseluruhan kita bermain dengan baik tetapi kita membenarkan dua jaringan mudah pasukan lawan. Kita bermula baik sebelum pemain hilang tumpuan.

“Namun kita masih mempunyai 90 minit dan saya positif dan optimis untuk perlawanan di Hanoi,” beliau dipetik berkata pada sidang media selepas perlawanan itu.

Skuad Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol, sebelum pemain pertahanan Shahrul Mohd Saad menanduk masuk bola untuk gol pertama diikuti jaringan menerusi sepakan percuma menarik diambil Muhammad Safawi Rasid untuk menyamakan kedudukan 2-2.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : ig zaquan08

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*