Derita Knser Tahap 2 Selepas Pembedahan Tiroid, Luahan Wanita Ini Undang Sebak

Tak dapat kami bayangkan derita yang ditanggung oleh wanita ini. Pada awalnya, dia menyangkakan biji di leher itu merupakan biji angin. Namun siapa sangka selepas diperiksa, doktor memberitahu dia mempunyai tairod dan suspek kepada knser.

Ujian tidak terhenti disitu apabila selepas pembedahan dia mengalami komplikasi dimana sarafnya bengkok dan melekat di tairod. Lebih memilukan satu daripada 4 kalenjar melekat itu positif knser tahap 2. Beratnya ujian wanita ini.

 

Macam ada biji angin

Post ini agak panjang !! Aku dan papillary thyroid carcinoma cncer stage 2

Aku sedar selepas 2 tahun melahirkan Rois. (Rois Iahir pada 2012). Bila kita sapu losyen,kita urut bahagian Ieher,ada biji.. terlalu kecil macam biji angin. “Biar Ia bukan sakit pun” kata hati kecil. Sehingga kan sekarang tahun

2019, aku rasa size nya sudah berubah.. agak besar,kadang-kadang tengok

cermin nampak perbezaan antara kiri dan kanan. Nampak bengkak disebelah kanan.

Pada Feb 2019 aku start pergi Klinik Kesihatan untuk buat pemeriksaan. Buat uiian darah. Doktor kata semuanya NORMAL. Hati aku meronta nak buang juga walau tak ada apa-apa.

“Saya nak buang juga” pakse aku pada doktor Klinik Kesihatan. Terus dia bagi surat untuk refer ke Hospital Sultan Ismail.

 

Jumpa ‘sesuatu’ calcium

Derita Knser Tahap 2 Selepas Pembedahan Tiroid, Luahan Wanita Ini Undang Sebak

Bermula Iah “perjalanan” di HSI. Ambil darah,buat ultrasound dan biopsi. Seperti keputusan darah di KK,sama je..NORMAL. Tapi bila buat ultrasound,doktorjumpa ”sesuatu” iaitu calcium . Dan doktor cakap suspek KNSER. Tak senang hati rasanya. Doktor teruskan dengan biopsi yg pertama. Resultnya tak clear. Sehingga Iah percubaan biopsi yg ketiga tetap result yg sama. Aku buat keputusan untuk buat test di KPJ. Jalani ujian darah,u|trasound dan biopsi. Keputusan ultrasound sama seperti di Klinik Kesihatan, suspek kanser. Biopsi plak tetap sama TAK CLEAR. Jadi doktor KPJ advise untuk buang keseluruhan tairod kiri dan kanan kemudian sample tu hantar ke makmal untuk lebih tepat sama ada kanser atau ketumbuhan biasa.

Dengar explanation dari doktor KPJ,

“Kalau awak buang sebelah sahaja,awk tak perlu makan ubat seumur hidup jika ia bukan kanser, tapi kalau awak buang sebelah,dan ianta kanser,awak terpakse menjalani pembedahan kali kedua untuk buang lagi sebelah”

 

Saraf bengkok, tak boleh minum air

Dengan yakin aku buat keputusan untuk buang sebelah saja.. yakinnya aku ianya bukan knser a . Aku bawa result KPJ ke HSI. Lepas berbincang Dr Seniah proceed dengan operation. Dia terangkan segala komplikasi yg mungkin akan berlaku. Allah Maha Hebat. Kita merancang,Dia menentukan.

13/3/2019 aku jalani pembedahan pertama. Doktor kata jarang berlaku komplikasi dan hanya 3%. Siapa tahu,aku lah orang yg tergolong dalam 3% tu.. sebelum operation aku disuruh puasa. selepas menjalani operation selama 3jam, aku masuk wad biasa. Sedarje aku minta bubur.. aku makan slowly, habis satu mangkuk.

Alhamdulillahlega,mungkin masih ada bius,tak ada rasa sakit Iagi. Kemudian aku nk minum air. Entah kenapa,baru seteguk aku minum,menyembur air. Beberapa kali aku cuba tapi TAK BOLEH !! aku tak boleh minum. Doktor pun masuk dan dia terangkan kenapa jadi mcm tu.

“Masa kita buat operation,satu saraf awak telah bengkok dan melekat di tairod. Saraf awak sangat-sangat halus, saya guna alat pemanas untuk tegakkan dan letak pada posisi asal. Jika tidak saya tak boleh buang tairod awak dan berkemungkinan boleh terpotong saraf tersebut. Saraf agak sensetif,jadi bila kita dah usik,boleh jadi dia merajuk atau Iumpuh. Jadi untuk sementara waktu,awak perlu pakai tiub melalui hidung untuk makan dan minum,dan hanya susu Ensure Gold yg dibenarkan,jika tak pakai tiub,air akan masuk dalam paru-paru,dan ia akan Iebih burukkan keadaan”

 

Minum susu melalu tiub

Derita Knser Tahap 2 Selepas Pembedahan Tiroid, Luahan Wanita Ini Undang Sebak

Bayangkan perut yang dah biasa diisi nasi,hanya mampu minum dan makan susu setiap 4 jam. Dan sepanjang pakai tiub di hidung,hanya Allah yg tahu betapa sakitnya. sampaikan aku rasa putus asa untuk hidup. Selama 2minggu aku pakai tiub. Kemudian doktor suggest untuk aku dapatkan injection. Dan dia refer aku ke HUKM untuk berjumpa dengan Prof Marina. Prof Marina terangkan fungsi injection ni.

“Kebiasaannya saraf kalau merajuk,dia akan okay dalam masa 6bulan,tapi kalau masih tak okay,maknanya ia dah lumpuh, bila saraf kanan awak lumpuh,kegagalan kotak suara bergetar yg menyebabkan awak minum tersembur sebab kotak suara kiri dan kanan tak saling melekat, bukan itu saja,suara dan penafasan awak juga terganggu. Jadi Injection ini adalah

untuk memudahkan awak dan boleh tanggalkan tiub. Tapi,ianya hanya bertahan untuk 6bulan.”

 

Hanya Allah tahu betapa sakitnya

Injection ni dia cocok kat kotak suara belah kanan dan ia jadi mengelembung. Jadi bila aku nak bercakap,hanya kotak suara kiri yg akan bergetar dan dia yg kne work hard untk menghimpit kotak suara kanan. Injection ni amat sakit pasa aku. 3 hari aku dibisukan. Tak boleh bersuara langsung. Makan minum? Ya Allah hanya Allah yg tahu sakitnya. Tangkap sampai ke telinga. Aku menangis minta cocok ubat tahan sakit. Teramat sakit.

Selepas lnjection,tiub ditanggalkan. Dan aku boleh makan seperti biasa,tapi untuk minum,masih tak macam orang normal. Aku perlu tunduk,kemam dan perlahan-Iahan lepaskan air untuk menelan. Kalau gelojoh aku akan tersedak. Dan selepas operation dan injection ni, tekak aku rasa ketat bila nak menelan,macam ada sesuatu,rasa tercekik. 3

10/04/2019 bagaikan dah jatuh ditimpa tangga. Keputusan yang aku tunggu-tunggu.

“Shazrin,masa kita buat operation, ada 4 kelenjar yg kita buang dan dia melekat di dinding Ieher awak, jadi 1 daripadanya adalah positif KNSER stage 2. Jadi kami terpakse melakukan pembedahan ke2 untuk buang keseluruhan tairod sebab dia dah merebak ke belah kiri.”

Hanya air mata yg jadi peneman masa ni. Hidup rasa gelap. Kenapa aku‘? Kenapa aku yg kena komplikasi saraf dan kenapa aku juga yg disahkan knser?

 

Bila bercakap macam lari 100m

Derita Knser Tahap 2 Selepas Pembedahan Tiroid, Luahan Wanita Ini Undang Sebak

18/04/2019 Hari ini.. aku masih lagi followup dengan Prof Marina di HUKM menunggu jawapan yg belum pasti sama ada saraf aku ni merajuk atau lumpuh. Aku tak tahu apa lagi pembedahan yg bakal aku hadao kalau ianya benar-benar lumpuh.

Dan aku masih menunggu tarikh untuk pembedahan kali ke 2. Dan dan dan aku sangat takut kalau-kalau aku di uji lagi dengan pelbagai komplikasi. Dan segala rawatan-rawatan yang akan datang. HUKM

Allah uji kepada yang mampu dan kuat. Ya aku akui aku seorang yang kuat.. tapi mungkin dimata orang. Jauh disudut hati.. aku sangat-sangat Iemah dalam menjalani segala ujian dari Allah.

Saat ini,hidup aku berubah 360. Badan lemah,kecelaruan emosi. Ada masa aku macam kuat,ada masa aku sedih,ada masa aku macam nak marah. Dan pertukaran emosi ni berlaku tanpa ada sesuatu situasi yg berlaku. Badan cepat berpeluh,panas. Selera makan pun agak menurun,hilang 5kg. Suara agak garau,kalau bercakap banyak tekak perit,kering. Dan bila bercakap macam orang berlari 100m. Suara pun tersekat-sekat. Cakap pun rasa penat. Ada masa aku tak boleh sebut perkataan tertentu dgn betul .

Semoga Allah memberi peluang untuk aku merasai nikmat kesihatan.

Kalau korang sedar akan symptom sesuatu penyakit, jangan biar okay.. cepat-cepat dapatkan rawatan.

Terima kasih suami,anak-anak,ibu ayah,adik-beradik,keluarga,kawan-kawan yang mendoakan dan memberi semangat untuk terus kuat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Shazrin Qureen via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *