Cinta jarak jauh Mya Ruslee

Meski jarak memisahkan, namun ia bukan jadi penghalang dalam percintaan. Bagi penyanyi Mya Ruslee, dia sanggup berjauhan dengan kekasih hati yang kini berada di Kuala Lumpur demi meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio Best FM di Johor Bahru.

Mereka juga cukup matang mengatur langkah dalam hubungan. Bukanlah seperti kebanyakan pasangan muda yang perlu banyak masa untuk keluar bersama. Mereka faham akan tuntutan tugas masing-masing.

 

“Jarak yang jauh tidak menjadi punca untuk menjauhkan sesebuah hubungan. Kami tidak ada masalah bercinta jarak jauh.

“Zaman sekarang ini lebih mudah dengan ada teknologi yang canggih. Bila-bila masa sahaja boleh hubungi jika rindu,” jelas Mya yang memulakan tugas secara rasmi untuk segmen Best Pagi bersama penyampai Zairi.

 

Mya sebelum ini secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan seorang lelaki muda yang mula dikenali sejak setahun lalu. Apabila ditanya soal perancangan mendirikan rumah tangga, kata penyanyi lagu Diari Biruini, dia mahu fokus dahulu dengan kerjaya baharunya.

“Belum masanya untuk saya fikirkan soal kahwin dalam masa terdekat. Kerjaya bersama Best FM baru sahaja bermula. Biarlah saya fokus dahulu di sini.

“Jika sudah tiba masanya nanti, saya akan kongsikan kepada semua. Doakan yang terbaik buat saya,” ujar Mya.

 

Mulanya Enggan, Tetapi Akhirnya Mya Matahari Sporting Dedah Wajah Kekasih, Mr. H

Setelah lebih setahun saling mengenali, Mya Matahari akhirnya mendedahkan lelaki paling rapat di dalam hidupnya ketika ini.

Hanya mahu menggelarkan jejaka tersebut sebagai Mr. H, Mya yang cukup sinonim menerusi lagu Matahari bagaimanapun menyerahkan kepada takdir apabila diajukan persoalan mengenai perkahwinan.

“TIDAK BERANI UNTUK SAYA BERIKAN BUTIRAN LANJUT MENGENAI PERANCANGAN UNTUK KE FASA YANG LEBIH SERIUS KEPADA PADA KETIKA INI, KAMI MASIH MENGENALI HATI BUDI.

 

“BARU SETAHUN LEBIH KENAL. ALHAMDULILLAH SETAKAT INI KEDUA-DUA BELAH KELUARGA SUDAH PUN TAHU MENGENAI HUBUNGAN KAMI. DOAKAN YANG BAIK-BAIK SAJALAH,” KATANYA KEPADA MH.

Image result for mya ruslee dedah kekasih hati

 

Ditanya mengenai lelaki yang berjaya mencuri hatinya dengan lebih lanjut, Mya yang hadir bersama  sedondon menerusi persalinan serba biru di majlis rumah terbuka penyanyi, Haiza pada Ahad memberitahu, lelaki berkenaan lebih muda daripadanya selain  bekerja sendiri.

 

“BERAPA JARAK USIA KAMI, BIARLAH RAHSIA. SEBENARNYA BUKAN SOAL USIA SEBAB YANG PENTING IALAH KESERASIAN DAN MESKI DIA MUDA DARIPADA SAYA, TAPI PEMIKIRANNYA MATANG. SETAKAT INI, SAYA SELESA BERSAMANYA,” DEDAH PEMILIK NAMA LENGKAP MEYANALIZA RUSLEE INI.

Pada masa sama menafikan keputusannya untuk mengenakan hijab lebih sebulan lalu adalah sebagai suatu signal dia bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

“BUKAN GIMIK SEBAB NAK KAHWIN ATAU SEBAB NAK LANCARKAN LAGU BARU. TETAPI NIAT UNTUK MENGENAKAN TUDUNG SUDAH TERSEMAT SEJAK BULAN RAMADAN LALU. DIPERMUDAHKAN DAN PADA PERINGKAT AWAL, MEMANG RASA ASYIK NAK TUTUP KEPALA, SEHINGGALAH AKHIRNYA SAYA TEKAD UNTUK BERTUDUNG.

 

“ALHAMDULILLAH, KELUARGA DAN RAKAN PUN SOKONG DAN BERI SEMANGAT BUAT SAYA UNTUK KEKAL SEBEGINI, INSYAALLAH,” KATANYA JUJUR KEPADA MH.

 

Terdahulu, penyanyi yang kini muncul menerusi single berjudul Perlu Ada Setia ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009, sebelum berpisah pada Ogos 2015.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: MHE TV / MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*