@cheminahsayang ampun tuanku, but can you pls comeback..” – Gara2 ‘cyber bully’, Permaisuri Agong tutup akaun Twitter

Umum sedia maklum bahawa,Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan pengguna aktif di laman Twitter.

Baginda suka berkongsi pendapat dan juga aktiviti yang dilakukan. Malah, menerusi Twitter juga baginda dapat berinteraksi dengan rakya jelata.

Namun, hasil semakan di Twitter mendapati Tunku Azizah telah pun menyahaktifan akaunnya, @cheminahsayang, kerana sejak semalam akaun baginda sudah tidak lagi wujud di laman sosial media tersebut.

Penutupan akaun tersebut masih tidak lagi dinyatakan sebabnya oleh pihak baginda, bagaimanapun ada yang mendakwa bahawa ia mungkin disebabkan oleh kecaman dan kritikan yang dilemparkan oleh segelintir netizen di akaun baginda.

Walau bagaimanapun, ramai yang berasa sedih dan sudah mula tweet-tweet daripada baginda. Rata-rata netizen berharap Tunku Azizah boleh kembali semula ke dalam laman sosial media tersebut.

Ramai memuji pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong di setiap perkongsiannya, malah ramai yang suka melihat telatah bersahaja baginda.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*