CARA MENJADI IBU BAPA YANG BAIK. INI ILMU KELUARGA YANG PERLU DIKETAHUI

Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang.

Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan.Ia bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah mereka mencapai umur yang matang.

Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim.

Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.Namun ia bukanlah mustahil. Bagaimanakah saya boleh dapat dan belajar setiap ilmu parenting yang diperlukan dalam mendidik anak saya.

Jangan risau, saya akan jadikan perkara ini mudah untuk anda.Apa yang anda hanya perlu adalah luangkan masa untuk memahami setiap cabang ilmu parenting yang akan saya terangkan dalam artikel ini.

Ya, ia bermula sejak dari awal lagi.Mempunyai anak bijak dan berakhlak adalah impian semua ibu-bapa. Ibu-bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir

Semestinya perkara ini dimulai oleh ibu dan bapa itu sendiri.Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan. Walaupun islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang antara kita mengambil perhatian tentang perkara tersebut.

Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Jika anda ingin melahirkan generasi pencinta agama dan taat pada ibubapa, amalkanlah amalan-amalan mulia sepanjang kehamilan.

Selain daripada memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan, amalan-amalan ini juga akan turut membantu kepada si ibu itu sendiri sepanjang proses kehamilan.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Express Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *