Caprice Dikatakan Hina Orang Kelantan, NGO Gesa Polis Siasat

Didakwa menghina rakyat Kelantan dalam satu kenyataannya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NG0) membuat laporan polis terhadap penyanyi rap, Caprice.

Ia susulan tindakan Caprice yang didakwa mempersoalkan ramai rakyat Kelantan dalam satu majlis yang dihadiri oleh penceramah Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammaf IV.

Menerusi video yang dikongsikan di Intagram itu Caprice mempertikai orang Kelantan tidak faham ceramah dalam Bahasa Inggeris.

“Zakir Naik menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris .Kalau anda tak boleh faham bahasa Inggeris asas yang saya selalu gunakan dalam video bagaimana pula kesemua 20,000 rakyat Kelantan di dalam stadium boleh faham kandungan ceramah itu?

“Saya tahu anada menipu saya. Anda angguk, angguk, angguk tapi jangan beritahu saya semua anda faham ceramah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba saja satu stadium dekat Kelantan boleh faham bahasa Inggeris,” katanya.

Malah, Caprice turut mengatakan negeri Kelantan mencatat angka terbanyak dalam masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofil.

Menurut jurucakap bagi pertubuhan tersebut, Norlida Daud berkata tindakan itu menunjukkan satu kenyataan ego Caprice selaku seorang artis tempatan dan menyinggung rakyat negeri itu dan menggesa pihak polis menyiasat apa tujuan sebenar kenyataan itu dikeluarkan.

“Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan, dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan ego beliau selaku seorang artis tempatan,” katanya.

“Kami memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemkikian dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelasnya.

[UPDATE] Caprice tampil mohon maaf kepada NGO, rakyat Kelantan atas posting sinis

Permohonan maaf itu ditujukan kepada Kumpulan Anak Muda Kelantan dan rakyat negeri itu susulan posting sinis  yang dikatakan menyinggung perasaan pelbagai pihak.

Dalam catatannya itu, Caprice turut berharap agar rakyat Malaysia terus bersatu dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada isu perkauman semata mata. – Foto Instagram

Selepas satu laporan polis dibuat terhadap penyanyi rap tempatan Ariz Ramli atau Caprice kerana didakwa menghina rakyat Kelantan dalam satu posting di akaun Instagramnya, Caprice hari ini tampil memohon maaf.

Bagaimanapun Caprice menyifatkan post yang dimuat naik oleh sebuah pemegang akaun di Instagram sebagai bersifat melaga-lagakan atau ‘batu api’ kerana mengambil video yang dimuatnaiknya tanpa meletakkan sebarang penjelasan.

Jelas Caprice lagi, dia juga bersetuju bahawa kenyataan penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkenaan isu ‘tetamu’ bersifat provokasi namun berpendapat penceramah itu tidak sepatutnya dilayan sedemikian.

Dalam catatannya itu, Caprice turut berharap agar rakyat Malaysia terus bersatu dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada isu perkauman semata-mata.

Caprice juga berkata dia bersedia bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Anak Muda Kelantan untuk membantu ummah terutama dalam beberapa inisiatif yang dijalankannya selama ini.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh Kumpulan Anak Kelantan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada Ahad terhadap penyanyi tempatan itu.

Sumber: mStar Online / Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*