“Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu” – Zizan pasang niat kahwin tahun ini

PELAWAK, pelakon dan pengacara Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.

Kata Zizan, dia memasang niat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat (tahun ini) namun semuanya masih dalam perancangan.

“Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan.

“Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.

“Jadi, saya harus pilih yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rocketfuel di Hotel Eastin Kuala Lumpur semalam.

Zizan memberitahu dia sudah mempunyai calon namun enggan mendedahkan gerangan sebenar wanita terbabit.

“Sudah tentu dia perempuan… Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.

“Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut,” tambahnya.

Jelas Zizan lagi, dia mahukan pasangan hidup yang memahami antara satu sama lain dan menjadi lebih daripada seorang sahabat.

“Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama,” ujarnya.

Wah, siapa agaknya wanita bertuah yang bakal disunting sebagai isteri Zizan? Mungkinkah beliau dikalangan artis terkenal yang sememangnya sedang rapat dan dikaitkan dengan pelawak itu sekarang? Ehem..

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal sekali lagi ke Indonesia selepas Aidifitri ini untuk penggambaran filem terbaharu bersama produksi negara republik itu.

 

Bergambar di ‘bus stop’, Zizan Razak bagi ‘hint’ kepada Mira Filzah?

Hubungan antara pelakon Zizan Razak dan Mira Filzah masih lagi menjadi tanda tanya peminat mereka. Sehingga kini hubungan mereke masih dirahsiakan lagi.

Namun, Zizan Razak sudah memberi hint apabila dia telah memuat naik gambar di bus stop kononnya meniru aktres tersebut. Hal ini kerana Mira sebelum itu telah memuat naik gambar dengan posing yang sama di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar yang dimuat naik Zizan itu, “Okay lah. Kite pun ade juga gambar kat bus stop. Cuma baru nak post je. Sebab macam trend pulak ambik gambar kat bus stop ni”

Sebelum itu, Mira telah memuat naik gambar di laman Instagram miliknya sedang photoshoot di sebuah bus stop dengan mengenakan baju raya.

Oleh kerana gambar yang menjadi teka-teki itu, rata-rata peminat mereka telah membuat andaian sendiri apabila mereka ‘mengusik’ Zizan dan Mira.

 

Kredit: Ohmymedia

Sumber : Zizan RazakMira Filzah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*