“Body Shaming Is Not Ok..” – Fazura Terkilan

Aktres, Nur Fazura, berang dengan tindakan pelakon, Faezah Elai, yang mempersendakan bentuk tubuh wakil penerima trofi ketika acara Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Fazura, 35, menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai memalukan, tak berwibawa dan tidak sihat kepada masyarakat.

“Kenapa perlu berjenaka sampai tahap mahu mengaibkan orang? Kalau di Amerika Syarikat, mana-mana artis yang bersikap sebegitu sudah lama digam dan ditamatkan program mereka.

“Tetapi di negara ini, boleh pula orang suka (jenaka sebegitu). Satu dewan, termasuk pengacara, turut mentertawakan wanita terbabit sehingga dia kemurungan seketika.

“Sebagai selebriti, saya rasa perlu untuk bersuara bagi mewakili individu yang tidak dapat menyuarakan hak mereka. Saya takkan berdiam diri walaupun ada yang meminta untuk berbuat begitu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Pertunjukan Fesyen New York 2018 anjuran Peniagawati di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Sayangi Dirimu ini turut mengecam tindakan seorang pelawak wanita yang menganggap isu terbabit sebagai sekadar gurauan dan tidak sepatutnya diambil serius.

“Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan jenaka lebih bernas tanpa mengaitkan bentuk fizikal seseorang ataupun apa saja perkara sensitif.

“Mungkin perkara itu tidak terkena pada dirinya sendiri, jadi bolehlah dia berkata demikian. Jika itulah idea bahan jenaka yang diagungkan olehnya, ia sangat memalukan,” tegasnya.

Terdahulu, Faezah yang menyampaikan trofi kepada wakil Fazura pada majlis anugerah berkenaan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila mengatakan tubuh gempal wanita terbabit adalah gambaran fizikal Fazura selepas melahirkan lima anak

VIDEO:

Sumber:Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*