Bila Remy Ishak Buat Parodi Lagu Si Nopal Dan Ini Yang Terjadi. Kecoh!

BEBERAPA tahun lagi, pelakon Remy Ishak bakal memasuki usia 40 tahun dan dia mempunyai azam dan visi dalam hidup yang ingin dicapai.

Menjawab soalan peminat di Instagram, hero drama Pujaan Hati Kanda ini berkata dia sedang berusaha untuk memajukan karier seni dan kehidupannya.

“Bercakap fasal 10 tahun akan datang, saya cuba untuk jadi lebih bagus daripada sekarang, kehidupan yang lebih sukses tapi dalam keadaan lebih santai.

“Sekarang ini umur saya 37 tahun, saya rasa macam dah lambat nak ada semua di umur 40 tahun.

“Tapi saya harap ada kewangan yang stabil, karier dan famili. Saya nak tengok diri saya dalam lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Dalam siaran langsung tersebut, ada juga pengikut yang meminta Remy menyanyikan lagu daripada animasi Si Nopal yang kini tular di laman sosial.

“Si Nopal ni siapa, kartun macam Upin Ipin? Nopal tu apa? Saya pula yang tanya kat sini,” soalnya.

 

Siapa Si Nopal?

Image result for si nopal

“Berkhemah, berkhemah, berkhemah sama si nopal… si nopal si nopal; anak nya bahenol…”

Jika terdengar lagu ini pasti semua orang akan tahu kan. Dari anak-anak kecil, orang dewasa, tua atau muda sama ada berasal dari Indonesia, Malaysia, Singapura atau Brunei; pasti semuanya akan tahu dan meminati lagu ini.Maka tidak hairan ada netizen yang turut menyanyikan lagu parodi ini.

Ramai yang meminati lagu ini kerana berunsurkan jenaka, komedi dan bersahaja. Bahkan ada dalam kalangan artis turut dilanda demam parodi si Nopal. Antaranya seperti Mya Sara, Wany Hasrita dan Jihan Muse.

Image result for si nopal

Image result for si nopal

 

Si Nopal adalah salah satu animasi yang dihasilkan oleh penulis komik berasal Indonesia iaitu, Naufal faridurrazak.

Naufal yang pada mulanya menceburi bidang penulisan komik sejak 2014 sebagai hobi. Beliau sebelum ini hanya menyiarkan hasil seninya itu di instagram sebelum dengan lebih serius mengembangkan bakatnya itu ke platform sosial media yang lain seperti Youtube, dan Facebook.

Kemudiannya, beliau membuat pembaharuan hasil komiknya kepada bentuk animasi. Ini kerana baginya animasi lebih membuatkan orang ramai lebih tertarik berbanding komik. “…Idea-idea yang saya gunakan dala, penghasilan cerita-cerita adalah berdasarkan realiti kehidupan saya dan sekeliling, mungkin kerana itu karya saya dilihat seolah-olah berinteraksi dengan realiti para pembaca dan diminati semua orang…”, katanya lagi

Animasi Si Nopal dalam Episod Berkhemah antara karyanya yang viral dan tular sejak kebelakangan ini. Klip video yang berdurasi 1 minit itu mencecah jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta dalam masa 14 hari disiarkan di Youtube. Manakala siaran di Instagram sudah mencecah 3.2 juta.

Episod berkhemah menjadi viral di media sosial kerana ceritanya yang lucu ditambah watak Dede, seorang kanak-kanak perempuan yang berperwatakan gedik kononnya dia diminati jejaka korea.
Watak Dede ini merupakan tarikan utama dalam episod tersebut dengan gaya percakapannya disamping penceritaan yang ringkas dan mudah difahami.

Namun begitu pasti anda tertanya-tanya siapa pemilik sebenar suara si gadis Dede itu kan?Ini jawapannya…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber:klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *