“Berapa jumlah bonus yang saya terima?.. Nak cakap pun malu – Awie Terkilan

Penyanyi dan pelakon popular, Datuk Awie meluahkan rasa terkilan dengan jumlah bayaran bonus yang diterima daripada penerbit filem pecah panggung, Hantu Kak Limah yang baginya sangat tidak setimpal.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 50, yang memegang watak utama sebagai Hussin mendedahkan jumlah yang diterima sangat tidak munasabah jika dibandingkan dengan jumlah kutipan filem  Kak Limah yang mencecah RM38 juta.

“Berapa jumlah bonus yang saya terima? Tak perlu lah saya cakap. Nak cakap pun malu. Tapi ia sangat sedikit dan tidak munasabah dengan keuntungan yang diperolehi.

Image result for awie hantu kak limah

Related image

Bukan Tidak Bersyukur

“Bayangkan saya sebagai watak utama pun terima jumlah yang sedikit, apatah lagi pelakon lain dan krew-krew yang terlibat.

“Bukannya tamak atau tidak bersyukur, tapi saya rasa ini sangat tidak adil dan tujuan saya meluahkan perkara ini bukan untuk diri sendiri tapi mewakili semua pelakon dan juga team produksi.

Image result for awie hantu kak limah

 

“Kalau saya tak bangkitkan isu seperti ini siapa lagi. Saya tidak kisah apa nak jadi.

“Jika kenyataan saya ini membuat pihak penerbit itu ingin memboikot saya, silakan. Banyak lagi penerbit lain yang ada,” kata Awie kepada URTV Online ketika ditemui pada majlis sidang media Dinner Gig 2018 FUFC The Fighters di Hotel Tenera, Bangi petang tadi.

 

Tidak ada masalah dengan Pengarah Mamat Khalid

Image result for hantu kak limah 2018 mamat khalid

 

Tambah Awie, walaupun terkilan dengan pihak penerbit, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama lagi dengan pengarah Hantu Kak Limah, Mamat Khalid. 

“Mamat sendiri sudah meminta penjelasan daripada pihak penerbit terhadap perkara ini namun maklum balas yang diterima sangat mengecewakan. 

“Saya tiada masalah dan boleh berlakon bila-bila masa sahaja dibawah arahan beliau lagi selepas ini, tapi saya akan lihat pada penerbit terlebih dahulu. Jika penerbit yang sama, saya akan tolak.

“Andai kata filem Hantu Kak Limah akan ada sambungannya dengan penerbit yang sama, saya cadangkan matikan sahaja watak Hussin itu kerana saya tidak akan bekerja lagi dengan penerbit seperti ini yang tidak menghargai kami anak seni,” tegas Awie.

 

‘Hantu Kak Limah’ terus pecah panggung, raih RM32.5 juta setakat ini!

'Hantu Kak Limah' terus pecah panggung, raih RM32.5 juta!

Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem ‘Hantu Kak Limah’ arahan Mamat Khalid.

Jumlah kutipan tersebut yang diraih dalam tempoh 18 hari terus mencetus fenomena tersendiri dan masih rancak menerima sambutan baik oleh penonton di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabangsa yang lain.

Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari tujuh kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.

‘HKL’ masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

‘HKL’ membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber; urtv / astro awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*