Baru Berusia 2 Tahun, Tapi Kanak-Kanak Ini Sudah Menjejakkan Kaki Ke 24 Negara!

Hebat bukan? Seorang kanak-kanak yang usianya belum pun mencecah tiga tahun telah mengembara ke lima benua dan 24 negara.

Alina dan Andrei Ceclan dari Cluj, Napoca, Romania berkata mereka sudah muak dengan rutin harian mereka dan memulakan penggembaraan ke seluruh dunia dengan anak mereka yang kini berusia dua tahun setengah pada Jun 2018.

 

 

Anak mereka, Eric Ceclan mengatasi kebanyakan orang dewasa dengan melawat beberapa kawasan tarikan pelancong termasuk Machu Pichu, kuil-kuil di Thailand dan Kennedy Space Centre di Florida.

Image result for Alina dan Andrei Ceclan

Eric turut mengabdikan kenangan dengan beberapa foto berlatarbelakangkan pantai berpasir merah muda di Bonaire, Kepulauan Caribbean dan Chichen Itza di Mexico.

 

Alina dan Andrei adalah bekas pengurus kewangan dan doktor gigi berkata mereka mahu melancong bersama Eric kerana mereka telah meluangkan terlalu banyak masa bersama orang lain.

Ibu Eric, Alina 34 berkata mereka sukakan penggembaraan dan akan cuba untuk ke tempat baru setiap kali bercuti.

“Mempunyai anak bukanlah penyebab kepada perubahan gaya hidup kami. Kami hanya perlu menyesuaikan perancangan pengembaraan kami. Kami mulakan dengan percutian pendek ketika Eric baru dilahirkan. Kemudian tiga minggu road trip di Itali ketika Eric berusia 6 bulan,” cerita Alina.

Tambahnya lagi bila mereka mula mencipta momen terindah mengembara bersama, ini menggalakkan mereka untuk terus berbuat demikian.

“Kami bosan dengan rutin harian yang sama dan bencikan anak kami meluangkan lebih masa bersama orang lain berbanding kami. Kami ada peluang untuk menghentikan perkara ini dari berlanjutan dan mengambil kesempatan untuk melancong bersama,” ujar Alina.

Cerita Alina, memulakan penggambaran hebat ini adalah satu keputusan terbaik yang pernah mereka lakukan.

Mereka berjaya memenuhi rancangan mereka itu dengan mendapatkan tiket murah dan tempat penginapan percuma dengan membuat ulasan mengenainya. Selain itu mereka turut menggunakan pengangkutan awam dan makan di mana sahaja.

Walaupun agak sukar bagi tiga beranak ini kerana tidak berada di satu tempat dalam tempoh yang lama, namun melihat apa yang anak mereka dapat lalui adalah sangat berharga.

“Lebih-lebih lagi tiada masa untuk kami sebagai ibubapa bersendirian kerana tiada pengasuh, nenek dan rakan-rakan yang dapat bantu kami menjaga Eric dalam satu-satu masa. Kami bersama 24 jam sehari. Kadang-kadang ada juga masa yang kami merindui untuk makan malam berdua bersama atau dengan rakan-rakan.”

Namun begitu segalanya mereka korbankan demi melihat dunia dan Eric membesar di depan mata mereka.

Terkini mereka berada di Singapura dan merancang untuk terus mengembara sehingga Eric mula bersekolah.

Alina turut menggalakkan keluarga lain untuk melancong bersama anak-anak mereka tidak kira berapa usia mereka.

Katanya terdapat banyak salah faham yang sukar atau berbahaya kerana mereka tidak akan ingat apa-apa. Namun kesan positif melancong kepada anak kecil dan seluruh keluarga akan dapat dilihat sendiri hasilnya nanti.

Antara moment menarik sekitar perjalanan mereka..


 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Mirror.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *