Azhan Rani 43 masih belum bertemu jodoh & ini komen Azhan.

“SOAL jodoh, rahsia A1lah. Buat masa ini, apa yang sudah tertulis, saya belum bertemu jodoh,” kata pelakon Azhan Rani, 43.

Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Nur 2 ini berkata, setiap manusia itu sudah ditetapkan A1lah perjalanan hidup sendiri dan masing-masing sudah ada bahagiannya.

“Walaupun suatu ketika saya pernah rancang nak hidup bahagia seperti orang lain tetapi perancangan manusia takkan dapat mengatasi aturan A1lah. Pada usia melewati 40-an ini sebenarnya Allah sudah memberi kesedaran kenapa masih tidak memiliki isteri dan anak lagi.

“Semuanya bersebab dan yang penting perkara ini (perkahwinan) tidak lagi menjadi tekanan kepada saya kerana sudah reda,” katanya.

Azhan berkata, dia melihat ada tugas dan tanggungjawab lebih besar buat dirinya daripada terus memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.

“Namun, seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan.

“Bagaimanapun, jika di dunia ini saya tidak bertemu jodoh hingga ke akhir hayat, saya tetap yakin A1lah pasti menjanjikan yang lebih baik di sana (akhirat) nanti. Saya reda,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Ustaz Syed Hamadi dalam Nur 2 yang kekal dengan watak j4hat, Azhan selesa berpandangan positif.

“Saya tahu komen penonton yang masih melihat perangai Syed Hamadi tidak berubah serta dilabel sy4itan, itu bermakna lakonan dipersembahkan berkesan.

“Apapun, itu sekadar lakonan yang mana segala yg baik itu diambil sebagai iktibar dan sebaliknya pula dijadikan sempadan,” katanya.

Drama Nur 2 arahan Shahrulezad kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 jam 10 malam. Selain Azhan, ia dibintangi Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi.

Bawa watak j4hat menjadi, watak baik menjadi, memang tidak boleh disangkal lagi kredibiliti lakonan dramatis Azhan Rani, kebolehan lakonannya ternyata punya aura yang tersendiri.

Selepas berjaya meraih kemenangan watak antagonis terbaik pada Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL19), Azhan sekali berjaya membawa penonton tenggelam dalam air mata menerusi lakonan dalam cerekarama Restu Ayah.

Peminat cilik nangis teruk tonton Restu Ayah.

Kalau sebelum ini watak Ustaz Hamidi akan membuatkan ramai yang naik angin, namun untuk watak Azhan kali ini dalam Restu Ayah telah mencetuskan sayu di hati para penonton.

Menerusi Instagram, pelakon itu  sempat yang berkongsi beberapa reaksi penonton cilik yang tidak dapat menahan sedih ketika menonton lakonannya dalam Restu Ayah.

Sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya.. A1lahuakbar A1lahuakbar

A1lahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan bu hanyalah pinjaman A1lah SwI.. bukan milik kita yang kekal..

aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima.pemergian arw4h abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya

cukup masa untuk berbakti pada mereka

selagi@mereka masih ada usah sia2kan peluang

untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini

menjadi anak yang soleh nanti.. amin..

sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.. tq atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa.

Tengok respond positif, hilang penat kerja.

Bagi Azhan, itulah kepuasannya sebagai anak seni apabila berjaya membawa penonton tenggelam dalam emosi untuk setiap watak yang dijayakan.

Menusuk ke jiwa cerita ni…

 

Rata-rata netizen yang menonton juga terasa tempias emosi lakonan hebat yang dibawa dalam Cerekarama ini, malah ada juga yang mengimbau kembali saat kehilangan ayah tercinta.

Teringat arw4h abah…

Beria menangis, sedih sangat…

‘Restu Ayah’ buat satu Malaya menangis.

Terbayang saat dapat berita pemergian ayah.

Cerekarama Restu Ayah berkisarkan tentang seorang anak yang hilang rasa hormat kepada bapanya, kerana menyalahkan bapa atas kem4tian ibunya.

Menang Pelakon Antagonis Pilihan Di DFKL, Ucapan Azhan Rani ‘Makan Dalam’.

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ternyata drama Nur arahan Shahrulezad Mohamedin berjaya membolot enam buah anugerah daripada sepuluh secara keseluruhan.

Namun begitu, salah satu anugerah yang mencuri perhatian netizen adalah Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan yang menjadi milik Azhan Rani. Watak Ustaz Syed Mahadi, yang dilakonkan telah berjaya melonjakkan lagi nama pelakon tersebut. Tahniah!

Bukan untuk aku, tapi untuk korang.

inilah dia.bukan untuk aku tapi untuk korang.. .korang yang mahukan.. syukur dan terima kasih kerana melakarkan secoret kenangan indah dalam sisa hidup aku ini

sebagai azhan rani ini dah lebih daripada sepatutnya yang aku dapat.. bukan ini yang aku cari pun selama ini.. terus diterima, dibukakan rezeki dan dipilih menjayakan karya2 baik itu sudah satu anugerah namun seperti apa yang aku katakan tadi di atas

pentas aku mewakili mereka yang punya bakat namun andai hadir dengan kurang pakej’ usah lagi kita sentap, kita rajuk..

kita positif sahaja dan pegang pada

nawaitu kita.. moga anugerah di tangan ini menyuntik semangat rakan2 seperjuangan aku yang lain terus melipat gandakan usaha. tabah dengan apa pun cabaran.. dan seandai di puncak kejayaan jangan biarkan keangkuhan datang walau sedetik dalam hati moga kata2 ini jadi peringatan buat diri aku sendiri

umur pun makin tua kot2 aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku. terima kasih atas ucapan tahniah yang bertalu2 aku terima.. mata ngantuk dan esok pun kerja.. aku try scroll mana yang mampu baca tapi ampun tak mampu nak balas semua.

mohon jangan dilambung aku terlalu tinggi. segala puji adalah buat A1lah yang mengizinkan kebaikkan. terima kasih kepada @budakijat yang memberi semangat dan aura

positif dia untuk aku hadir malam tadi

@radiusone_official juga atv3malaysia yang memberi ruang untuk aku dalam karya besar #nur ini. Juga director @khanmancung yang terpaksa pecah kepala nak habiskan juga scene aku di kuala selangor tadi semata2 nak pastikan aku sampai di majlis ini tadi.

maaf tshirt murah tu aje yang terbaik ada dalam kereta yang aku boleh pakai tadi. plag kemenangan ini aku hadiahkan untuk @radiusone_official dan tak akan ku bawa pulang ke rumah.. bimbang nanti terdetik rasa megah dan terlalu selesa dengan apa yang ada ini..aku cuma nak terus menyumbang kepada kerja yang aku sayang ni.. izinkan aku untuk terus berada di sini terima kasih atas semua doa juga sokongan buat aku

dan drama #nur.. dah tak yah nak serius sangat.. esok episod 4 #nur2.. standby mode mar4h dan kec4man korang balik.. aku dah rindu!

Menerusi Instagram pelakon tersebut, dia menyatakan anugerah tersebut buat semua team produksi Nur kerana telah memberi peluang buat dirinya untuk menjayakan karya tersebut.

Hilangkan s3ntap, hilangkan rasa kecil hati.

Mewakili para pelakon yang tiada rupa namun mempunyai bakat ketika memberi ucapan, pelakon tersebut menegaskan agar pelakon yang senasib dengannya tidak boleh berputus asa untuk terus berdiri di dalam industri hiburan Malaysia. Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar penggiat seni yang lain dapat terus positif agar kejayaan boleh dicapai.

Kata-kata ‘menyengat’ membuatkan ramai bersorak.

Kata-kata menyengat itu membuatkan ramai bersorak termasuk pengarah drama berkenaan yang berdiri memberikan tepukan gemuruh selepas mendengar ucapan tersebut.

Family Nur.

Antara reaksi keluarga Nur ketika menunggu keputusan anugerah tersebut.

Ucapan tahniah daripada rakan artis.

Rakan artis dan netizen turut mengucapkan tahniah atas kemenangan yang diraih oleh pelakon tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Instagram Azhan Rani & hmetro / riverbed

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*