“Awak Mungkin Bukan Isteri Yang Terbaik Di Dunia. Namun Awak Adalah Isteri Terbaik Buat Saya.” Tersentuh Hati Baca Luahan Lelaki Ini!

Di dalam sesebuah rumah tangga, suami dan isteri memainkan peranan masing-masing. Memang tidak dinafikan, tanggungjawab suami lebih berat daripada isteri. Keluar mencari nafkah di luar, manakala isteri duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga.

Tapi, jangan sesekali kita ingat tugas seorang suri rumah tangga ini senang. Apabila anda bergelar suri rumah, baru anda tahu bagaimana hidup ini boleh berubah 360 darjah! Itu belum bab isteri bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga.

Dalam memahami dan prihatin terhadap pasangan, saudara Mohd Fadli Salleh berkongsi pengorbanan isterinya.

Ramai orang puji aku kuat, tabah, kental dan sebagainya. Sebenarnya kalian silap.

Yang paling kuat, tabah dan kental itu sebenarnya puan isteri aku. Sangat penyabar, tersenyum dan menenangkan bila aku pandang wajahnya.Segala kekusutan hilang, segala penat lelah terbang begitu sahaja saat menatap matanya. Begitu tabah dan sabar dia menemani saat susah dan getir bersama aku.Betapa dia sungguh kuat untuk terus tersenyum dan melayan segala macam karenah aku. Betapa kental dan tenangnya dia mengurus anak-anak saat aku berjuang diluar sana.

Ke mana aku pergi, dengan siapa aku keluar tidak penah dia bertanya. Dia menaruh 100% kepercayaan pada aku tanpa sedikit ragu.

Telefon aku tidak pernah dia buka untuk check mesej, wasap dan sebagainya. Tidak pernah dia meragui walau sekali.

Aku ini banyak yang cacat dan cela. Tanpa mengeluh dia terima semuanya.

Perkahwinan kami adalah aturan keluarga. Tidak pernah keluar dating, tidak pernah bercinta sebelum akad yang sah dilafazkan.

Jumpa hanya dua kali. Pertama saat dia dan keluarga bertamu ke rumah aku untuk melawat kakak aku. Puan isteri dan kakak aku dulu mengajar sekolah yang sama.

Dari situ kami diperkenalkan oleh keluarga. Ma dan abah setuju, aku menurut sahaja.

Kali kedua bertemu ditemani kakaknya dan abang ipar aku. Ke Nilai mencari barang perkahwinan.

Dan pertemuan ketiga hanya untuk melafazkan akad yang menghalal dia untuk aku.

Dari saat itu, dia menjadi isteri yang setia. Dari situ, kami mulakan kisah cinta kami. Dari situ kasih dan sayang sentiasa bertambah dari hari ke hari.

Dan dari situ aku akui, dia jauh lebih kuat, tabah, tenang, kental dan sabar melebihi aku.

Besar pengorbanannya mempunyai suami seperti aku. Yang mana kehidupan aku sibuk sentiasa.

Yang kadangkala hanya pulang saat dia sudah memejamkan mata dalam lena.

Terima kasih puan Azura Abdullah Sabawi.

Awak mungkin bukan isteri yang terbaik di dunia. Namun awak adalah isteri terbaik buat saya.

– Hargai pengorbanan isteri –

Mohd Fadli Salleh

 

Komen Netizen :

Ramai yang suka dan berharap pasangan ini Kemal till Jannah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber:keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *