Asal Usul Plat Kenderaan Di Malaysia. Kenapa Perak Bermula Dengan “A’. Ini Jawapannya..

Mesti ada yang tak tahu asal usul nombor plat ni. Kenapa plat Perak mula dengan A? Kenapa Kedah dengan K?

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas pihak British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan

KENAPA PERAK BERMULA DENGAN A?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakkan kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British yang bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (plat B) diikuti oleh Pahang (plat C) dan kelantan (plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Akhirnya, plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur)
E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
EJ : Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ES : Sandakan
ET : Tawau
ED : Lahad Datu
EU : Keningau
EK : Kudat
EL : Labuan
F = Putrajaya (mulai Jun 2016)
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
J = Johor
K = Kedah
KV : Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK : Kuching
QB : Sri Aman dan Betong
QC : Samarahan
QL : Limbang dan Lawas
QM : Miri
QP : Kapit
QR : Sarikei
QS : Sibu dan Mukah
QT : Bintulu
R = Perlis
S = Sabah (ditukar daripada E)
SA, SAB dan SAC : Kota Kinabalu
SB : Beaufort
SD : Lahad Datu
SK : Kudat
SS : Sandakan
ST : Tawau
SU : Keningau
T = Terengganu (Nota : sebelumnya berkongsi dengan Kelantan)
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
W = Kuala Lumpur (siri pertama)
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z : Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD : Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ : Kegunaan staff Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ dan JMF : Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

NOMBOR PLAT KHAS

1. Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
2. PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
3. Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
4. Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
5. Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
6. Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
7. Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proto Waja
8. PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
9. NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
10. LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
11. Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
12. Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
13. BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
14. SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
15. X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
16. XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
17. XI ASEAN : Hanya dikeluarka semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
18. XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
19. G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
20. 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
21. Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
22. TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
23. GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
24. Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
25. VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
26. GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
27. SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
28. PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
29. RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

Antaraplat kenderaan yang menarik perhatian di Malaysia

Sumber: Proton Edar Malaysian

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*