“Arwah tinggalkan pengganti”- Dua Hari Lepas Allahyarham Mejar Zahir ‘Pergi’, Isteri Baru Tahu Diri Hamil

Rasanya masih ramai lagi yang sedih dengan berita kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Pegawai Komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika latihan  demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia baru-baru ini.

Terbaru, kakak kepada isteri allahyarham Nour Shafinar Harun dalam postingnya di facebook Sha Qalif ada berkongsi satu berita gembira namun tidak sempat untuk dikongsikan bersama dengan arwah.

Isteri allahyarham, Nour Shafinar Harun baru tahu dirinya hamil lepas 2 hari pemergian suaminya…

Sekiranya arwah ada pasti ini merupakan berita paling gembira buat arwah, dengan kehadiran cahaya mata baharu.

Namun apa kan daya, arwah telah pergi buat selama-lamanya.

Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya.untuk adik ku.. inat tabah lah atas ape yg telah terjadi.. redha Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ade sinar baru balu positif hamil kalau arwah ade mesti dia happy sangat2 tapi malangnya arwah blom sempat tahu yg beliau akn menerima cahaya mata lagi..

Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga inat kuat demi janin yg dikandung ye..Untuk izzul ini ada lah kenangan untuk izzul ye.. nanti besar ingat ye syg daddy pergi sebagai wira..

Datang mu tidak diundang, jika ragu harap pulang

Disini cinta Balu dan arwah bersemadi / Sumber : Facebook
Disini cinta Balu dan arwah bersemadi / Sumber : Facebook
Buat kali terakhir berada disini kata Balu Arwah/ Sumber: Facebook
Buat kali terakhir berada disini kata Balu Arwah/ Sumber: Facebook
Buat kali terakhir berada disini kata Balu Arwah/ Sumber: Facebook
Mess tempat Arwah menginap/ Sumber: Facebook

Balu allahyarham bakal mulakan hidup baharu di Ipoh, November depan

Difahamkan balu allahyarham Mejar Zahir akan membawa anak-anaknya ke Ipoh untuk memulakan hidup baru.

Mengikut perancangan Nour Shafinar dan tiga orang anaknya, Muhammad Irfan Daniel (10), Nur Adriana (6) dan Izzul Zakly (6 bulan) bakal berpindah ke Ipoh pada November depan.

Semoga Nour Shafinar dan anak-anak terus kuat!..

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*