“Arw4h macam dah tahu dia nak pergi..”- Photographer tunaikan amanah arw4h si ibu, netizen sebak melihat hasil gambarnya.

Berkaca air mata photographer, berkaca jua mata netizen yang membaca kisah dan melihat gambar photoshoot keluarga ini. Arwah si ibu telah mengamanahkan kepada photographer untuk membuat photoshoot anak bongsunya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Menurut Zara Haleena, dia cuba menahan kesedihan dan air mata dari menitis ketika itu, namun apakan daya rasa sebak dan sedih yang tidak mampu dibendung, mengalir jua air matanya. Lebih-lebih lagi ketika menyiapkan anak bongsu arwah.

“Mommy ada kat syurga”

HAMPIR enam bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin untuk buat photoshoot anak bongsunya, Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ini tahu mommy dia menanti dia, abang dan adik dia di syurga.

Pada 19 April, kami datang ke rumah arwah di Ipoh. Seperti biasa anak-anak arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu untuk photoshoot. Siap pegang tangan ajak masuk. Tolong angkat barang. 😭😭 Aku tak tahu nak start macam mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya di situ. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sebab ini amanah. Masa itu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yang menyambut kami masa itu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing-masing dah excited.

“BABY EVA MIRANDA”

Kalau dulu setiap kali datang untuk shoot, muka arwah yang pertama akan menyambut kami di depan pintu sambil tersenyum. Tapi hari ini kami datang, rasa kosong sangat. Kosong sangat-sangat. Selalu kami sampai rumah clients mesti nak tengok baby dulu. Di rumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura macam sibuk sangat. Padahal, air mata ini aku tahan dari jatuh mengalir.

“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tengok baby Ava..

Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”

Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.

“Kak Zara nak tengok baby Eva.”

Aku selalunya memang tak sabar nak tengok baby. Tapi kali ini aku seperti mengelak. Bukan sebab tak suka. Tapi aku takut aku mengalirkan air mata. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.

😭😭😭😭😭 Akhirnya mengalir juga air mata ini. Aku cepat-cepat mengesat air mata ini supaya Intan tak tengok. Dada berdegup kencang sangat sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yang tahu.

Masih kami ingat kata-kata terakhir arwah padaku.

“Akak tau tak kenapa Elin ambil akak dan Camora Arts compare dengan photographer lain?”

“Selain props, pic cantik semua, pic lawa, album kualiti, layan baik, memang Camora Arts the best!”

“Tapi paling utama issasss, akak dan team Camora Arts tak sombong. Walaupun dah level-level King, shoot artis-artis, VVIP, orang kaya raya dan gol elit akak tetap layan rakyat marhaen macam saya ini elok. Tak pernah double standard. Itu yang buat & fam pilih Akak dan Camora Arts”

“Elin harap akak akan kekalkan kehumblean akak dan team. In Sha Allah akak akan jadi king dalam industri Maternity and Newborn photography ini”

“Dalam sakit-sakit pun masih ingat yang lain”

“Nanti masa akak datang shoot baby Elin nanti, Elin belanja Akak makan sedap-sedap sikit. Apa yang akak dan Camora Arts buat lebih daripada itu. Takat bayaran pakej itu memang lebih dari berbaloi. Tak pernah lagi Elin rasa akak layan clients double standard. Sakit-sakit pun kami tip top.”

~ Arwah Elin~

Melihat ramai sangat yang membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.

Semasa baby Eva tengah menyusu, sempatlah kami bertanya pada Intan, macam mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik, memang arwah Elin macam tahu saja dia nak pergi. Intan bagitau.. kalau Intan berborak malam-malam dengan arwah, arwah selalu ingatkan orang keliling dia.

“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…” 😢😢😢

Even masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bagitau dalam keadaan sakit arwah gagah buat persiapan barang-barang Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah macam dah tahu dia nak pergi dah…😢😢 Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yang perlu dibeli. Semua dah tersedia. 😢😢

Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima kasih untuk assistantku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Untuk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer untuk anak arwah Elin yang ketiga selain dari maternity photoshoot.

We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.

Al-Fatihah..

Zara Haleena
Owner & Principal
Camora Arts

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Zara Haleena

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*